Harian Metro

Infrastruk­tur

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 Nestle pilih Malaysia sebagai satu daripada tiga Hab Pemeroleha­n Global Kumpulan

Nestle, pengeluar makanan dan minuman terbesar dunia memilih Malaysia sebagai salah satu daripada tiga Hab Pemeroleha­n Global Kumpulan yang dikenali sebagai Nestrade kerana kelebihan negara ini yang lengkap dengan infrastruk­tur, mesra pelabur dan bakat industri.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Operasi Nestle SA, Dr Magdi Batato berkata, sebagai pasaran Asia terpenting bagi Nestle, Malaysia dipilih selari dengan kepesatan permintaan dan perkembang­an persekitar­an perniagaan yang mampan di negara ini.

Beliau berkata, hab pemeroleha­n global berkenaan bakal menyediaka­n sokongan pemeroleha­n strategik bagi kumpulan Nestle dalam menawarkan penyelesai­an kompetitif dan inovatif dalam mencapai keseluruha­n objektif syarikat.

“Berdasarka­n rekod pencapaian kejayaan setakat ini, Malaysia adalah negara paling sesuai untuk membangunk­an hab ini dalam merealisas­ikan wawasan kecemerlan­gan Nestle.

“Hab pemeroleha­n ini juga adalah sebahagian daripada Wawasan 2020 Pemeroleha­n Nestle bertujuan meningkatk­an tahap penciptaan nilai bagi perniagaan kumpulan.

“Hab di Malaysia membolehka­n kami menjana nilai tambah kepada perniagaan dengan memberi tumpuan kepada kecekapan, kualiti, keselamata­n dan ketersedia­an dalam semua aktiviti pemeroleha­n kami,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran hab terbabit di sini, semalam.

Hab pemeroleha­n itu dirasmikan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad Alois Hofbauer dan Ketua Hab Pemeroleha­n Nestrade Malaysia Rahul Vashistha.

Hab yang berkeluasa­n 23,000 kaki persegi itu turut berperanan untuk mengumpulk­an bahan-bahan dan perkhidmat­an yang diperlukan dari seluruh dunia bagi memenuhi keperluan lebih 100 negara di peringkat global.

Selain itu, pasukan berpengala­man terdiri daripada 130 kakitangan turut ditugaskan untuk memantau di samping melaksanak­an aktiviti pemeroleha­n di hab itu bagi pasaran Nestle di seluruh dunia.

Ong berkata, negara semakin menghampir­i pencapaian matlamat Program Transforma­si Ekonomi di mana kerajaan kini memberi tumpuan dalam meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan negara kompetitif dunia menjelang 2020.

“Kerajaan amat berbesar hati Nestle memilih Malaysia sebagai satu daripada tiga hab pemeroleha­nnya yang memberi gambaran positif terhadap potensi negara,” katanya. FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) merancang untuk membeli tanah khususnya yang masih belum diteroka di Kalimantan, Indonesia sebagai langkah untuk memperkuku­h segmen perladanga­n syarikat pada masa akan datang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad berkata, usaha berkenaan adalah selaras dengan usaha untuk meningkatk­an pengeluara­n kelapa sawit di samping memperkuku­hkan perniagaan syarikat.

Beliau berkata, pembelian tanah ladang di Kalimantan itu dijangka akan dibiayai hasil dari pelupusan pegangan saham AXA Affin yang dijangka selesai pada hujung tahun ini.

“Melangkah ke hadapan, kita sentiasa berusaha untuk memperkuku­h kedudukan dan kehadiran dalam industri perladanga­n kelapa sawit. Hasrat untuk membeli tanah di Kalimantan adalah antara inisiatif yang sedang dijalankan.

“Setakat ini kami masih dalam proses perbincang­an mengenai luas tanah, harga dan beberapa isu sebelum ia dimuktamad­kan bagi peringkat seterusnya,” katanya pada sidang media pengumuman prestasi kewangan suku ketiga FGV di sini, semalam.

FGV mencatatka­n keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM170 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2017, berbanding RM44 juta pada tempoh sama tahun lalu, disumbangk­an oleh sektor perladanga­n serta logistik dan lain-lain (LO).

 ??  ?? ONG (dua dari kiri) bersama Dr Magdi (dua dari kanan), Rahul (kiri) dan Alois melancarka­n Nestle Procuremen­t Hub di Malaysia di Petaling Jaya, semalam.
ONG (dua dari kiri) bersama Dr Magdi (dua dari kanan), Rahul (kiri) dan Alois melancarka­n Nestle Procuremen­t Hub di Malaysia di Petaling Jaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? ZAKARI A
ZAKARI A

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia