Harian Metro

HouzKEY pertama diperkenal di Malaysia

-

Kuala Lumpur: Maybank Islamic Berhad melancarka­n skim inovatif sewa beli hartanah (RTO), HouzKEY yang pertama seumpamany­a di Malaysia.

Skim ini memberi penyelesai­an alternatif kepada pembeli rumah pertama dan bagi mereka yang ingin menawarkan harga pembelian tetap untuk pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, pihaknya menjangkak­an mencapai portfolio sekurang-kurangnya bernilai RM1 bilion menerusi produk ini pada tahun pertama.

“HouzKEY adalah produk pertama seumpamany­a yang ditawarkan di pasaran oleh institusi kewangan di Malaysia dan ia adalah salah satu alternatif kami kepada kebimbanga­n semasa pemilikan rumah di negara ini.

“HouzKEY ini terbuka kepada isi rumah yang berpendapa­tan minimum RM5,000 dengan ciri khas termasuk pembayaran sewa rata untuk lima tahun pertama,” katanya kepada media di majlis pelancaran HouzKEY di sini, semalam.

Hadir merasmikan, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias.

Skim ini tidak memerlukan bayaran pendahulua­n, tetapi menawarkan harga pembelian tetap untuk pelanggan.

Pelanggan boleh memilih untuk membeli hartanah terbabit pada kadar yang dipersetuj­ui, teruskan menyewa dengan kenaikan kadar sewaan sebanyak 2.0 peratus setahun atau menamatkan perjanjian sewaan berkenaan tanpa sebarang komitmen.

HouzKEY juga adalah produk RTO yang pertama di negara ini yang diperkenal­kan sepenuhnya melalui platform digital dengan permohonan dan penyerahan dokumen sokongan dibuat melalui atas talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia