Harian Metro

Penganjura­n Klinik Juara MILO cetus perubahan positif

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penganjura­n Klinik Juara MILO yang memasuki tahun ketiga mencetuska­n perubahan positif dalam kalangan peserta yang menyertain­ya.

Hakikat berkenaan diakui ibu bapa yang mendaftark­an anak mereka berusia tujuh hingga 11 tahun dalam enam jenis sukan yang berada dalam program iaitu futsal, badminton, hoki, bowling, bola jaring dan bola keranjang di lokasi terpilih seluruh negara.

“Saya memang berpuas hati dengan program Klinik Juara MILO walaupun hanya dijalankan selama lapan sesi bagi tempoh lapan minggu. Saya mendaftark­an dua anak ( Muhammad Hariz, 9 tahun) dan Zara Alisha (7 tahun) bagi menyertai futsal dan ternyata terdapat perubahan kepada diri mereka.

“Ternyata mereka semakin berdisipli­n seperti menepati masa, rehat cukup dan sebagainya. Saya juga melihat mereka semakin cergas dari segi pergerakan selain tiada sikap mudah mengalah,” jelas Mohd Zaki Tumpang @ Ma’arof.

Malah menurutnya, program futsal adalah tersusun walaupun hanya tempoh dua atau tiga jam dalam tempoh lapan minggu.

“Mereka diajar dengan cara yang betul dalam pelbagai aspek sejak mula lagi. Pelbagai ilmu anak saya peroleh dengan hanya tempoh lapan minggu. Malah diuruskan jurulatih yang layak diketuai jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong.

Pandangan sama turut dikongsi, Mutsumi Kawaguchi, 45, berasal dari Jepun yang gembira dengan perubahan anak lelakinya, Chan Fuga, 9 tahun, apabila menyertai Klinik Juara MILO tahun ini.

“Anak saya tidak boleh berbahasa Melayu, hanya boleh berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris, jadi dia agak pemalu. Namun selepas menyertai program ini, terdapat perubahan ketara yang saya perhatikan.

“Selepas lapan minggu, saya sendiri terkejut dengan perubahan dirinya apabila tidak lagi segan atau malu berhadapan dengan orang lain. Kelihatan dia amat rapat dengan rakan sepasukan dan jurulatih. Nampaknya tahap keyakinann­ya meningkat,” jelasnya.

Program kendalian MILO berkenaan turut berjaya menonjolka­n bakat terpendam peserta sebelum ini.

 ??  ?? CHUN Yong (berdiri, kiri) dan pemain bola jaring negara , Puah Pei San (duduk, tengah) bersama ibu bapa dan anak di program Klinik Juara MILO.
CHUN Yong (berdiri, kiri) dan pemain bola jaring negara , Puah Pei San (duduk, tengah) bersama ibu bapa dan anak di program Klinik Juara MILO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia