Harian Metro

Barcelona tak terjejas

-

Turin (Itali): Lionel Messi memulakan aksi dari bangku simpanan, namun Barcelona masih mampu mara ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara dan berkeduduk­an teratas Kumpulan D selepas seri 0-0 dengan Juventus di Turin, semalam.

Pasukan yang beraksi di pentas final musim lalu, Juventus kekal di tangga kedua, satu mata mengatasi pasukan tangga keempat Sporting Lisbon, dan boleh layak jika mengatasi Olympiakos pada 5 Disember ini.

Juara Eropah lima kali, Barca menghadapi perlawanan itu dengan hanya memerlukan satu mata untuk menduduki tempat pertama Kumpulan D, manakala Juventus perlu mengelak kekalahan dan Sporting gagal menewaskan Olympiakos di Lisbon untuk layak.

Namun, pasukan Portugal itu menewaskan lawan dari Greece 3-1 di Lisbon, menyebabka­n Juve perlu tiga mata di Athens bagi mengesahka­n tempat ke kedudukan 16 terbaik.

Bintang Barcelona, Messi diletakkan di bangku simpanan dengan Ernesto Valverde merehatkan pemain Argentina itu menjelang pertemuan pasukan teratas La Liga Ahad ini berdepan Valencia.

“Ada masanya walaupun dia memiliki kualiti yang hebat, Leo perlu berehat,” kata Valverde.

Messi masuk selepas minit ke-56 tetapi gagal mengulangi dua jaringan diciptanya ketika menang 3-0 ke atas Juve di Camp Nou pada September.

“Leo banyak bermain sejak permulaan musim. Sama seperti orang lain dia sedikit kepenatan,” kata jurulatih Barcelona itu.

“Kami merasakan akan ada banyak ruang pada babak kedua dan adalah amat bagus memberikan­nya sedikit rehat dengan tumpuan kepada kejuaraan.

“Akan sentiasa ada risiko tidak menggunaka­nnya tetapi ia keputusan yang sudah difikirkan.” - AFP

 ??  ?? MESSI (kiri) mengawal bola sambil diasak dua pemain Juventus.
MESSI (kiri) mengawal bola sambil diasak dua pemain Juventus.
 ??  ?? BLIND menyalahka­n diri sendiri selepas gagal menyekat jaringan Lang.
BLIND menyalahka­n diri sendiri selepas gagal menyekat jaringan Lang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia