Harian Metro

LMFA buat laporan polis

-

Kuala Lumpur: Persatuan Penyokong Lang Merah (LMFA) membuat dua laporan polis ke atas satu laman sosial Facebook, malam kelmarin yang dikatakan memuat naik status berbaur penghinaan kepada negeri Kedah.

Dalam video yang dimuat naik oleh laman Facebook ‘Pahang is DEAD’ itu menunjukka­n seorang individu memakai jersi Kedah memasuki tandas, sebagai simbolik ‘Lembah Hina’ sebelum membuang lambang Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ke dalam mangkuk tandas.

Pengerusi LMFA, Wan Syazwan Wan Fadzelah berkata, tindakan individu itu merujuk kepada kegagalan skuad Helang Merah gagal beraksi di Piala AFC, musim depan dan laporan polis dibuat bagi mengelak ada individu tidak bertanggun­gjawab terus membuat penghinaan menerusi platform laman sosial.

“Saya sendiri sudah membuat laporan di Balai Taming Jaya. Selain itu, satu lagi laporan turut dibuat oleh ahli gabungan LMFA di Pulau Pinang.

“Kita faham ada sesetengah laman Facebook ditubuhkan hanya untuk menyakat. Tetapi kami tidak boleh terima jika ada yang sanggup bertindak seperti itu dan saya lihat tindakan itu sebagai keterlalua­n.

“Jadi, saya harap tindakan lanjut dapat diambil bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa akan datang. Saya juga harap Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) dapat ambil serius perkara ini,” katanya.

Wan Syazwan berkata, video berkenaan tular di internet dan secara tidak langsung ia memberi imej kurang baik kepada negeri dan pasukan Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia