Harian Metro

RANCANG tapi tak buat

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Ifa amal minum air dan makan sup untuk turun berat badan bukan sedut lemak

Selain berpenampi­lan menarik, golongan artis juga perlu sentiasa menjaga kesihatan bagi memastikan karier berjalan dengan lancar.

Bagi penyanyi, pelakon dan pengacara, Ifa Raziah, timbul rasa ingin menjaga kesihatan selepas dia melalui pelbagai kepayahan selepas mengalami masalah kesihatan.

“Seperti yang ramai sedia maklum, sebelum ini mengalami beberapa masalah kesihatan dan berat badan saya juga naik mendadak.

“Untuk itu, saya kini lebih berhati-hati dalam pemakanan dan menjaga kesihatan dengan lebih terperinci. Bagi memastikan berat badan saya turun, saya menjalanka­n diet air,” katanya.

Menurut Ifa, dia menolak semua makanan pejal dan hanya meminum air dan makanan seperti sup saja.

“Sebelum ini, saya cuba makan telur rebus memandangk­an ramai yang mengatakan ia adalah diet yang efisien. Tapi, nampak gayanya, ia tidak sesuai untuk saya.

“Jadi, saya cuba untuk tidak mengambil makanan pejal dan hanya minum air. Pada peringkat awal, memang sangat sukar, tapi itu yang berkesan.

“Dalam tempoh dua bulan, saya turun sebanyak 12 kilogram (kg). Daripada berat 71kg, kini turun kepada 59kg,” katanya.

Ifa juga menyeru orang ramai bersama-sama menjaga kesihatan sekali gus dapat mengelak dari dijangkiti pelbagai penyakit.

“Kalau boleh sentiasa berhati-hati. Tak semua makanan yang kita makan boleh menjadikan kita sihat. Apabila sudah sakit, sudah terlambat untuk kita menjaga kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa turut menolak dakwaan dan kecaman netizen yang mengatakan dia menjalani proses menyedut lemak bagi mendapatka­n bentuk tubuh seperti sekarang.

“Memang saya pernah merancang berbuat begitu ketika berat badan saya naik mendadak beberapa bulan lalu. Bagaimanap­un, selepas mendapatka­n nasihat doktor, saya tidak digalakkan untuk melakukan prosedur itu.

“Jadi, kepada yang menuduh saya menjalani proses membuang lemak, iya memang saya ada merancang tapi saya tidak melakukann­ya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia