Harian Metro

Promosi produk pertanian lain

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Selain mempromosi durian Musang King ke China, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut mempromosi produk pertanian lain antaranya nanas, nangka dan sarang burung walet (SBW).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery

Cheek berkata, pintu pasaran China berjaya dibuka untuk produk nanas Malaysia apabila beliau menandatan­gani satu Protokol Keperluan Fitosanita­si di Beijing, Mei lalu.

“Menerusi kelulusan bersyarat ini, penghantar­an pertama nanas ke China dibuat pada 12 Oktober lalu. Dalam tempoh dua minggu itu 114 tan dieksport membabitka­n nilai RM342,000.

“Nilai eksport nanas negara dijangka bakal meningkat kepada

RM380 juta setahun menjelang 2020, berikutan penembusan pasaran

China diiringi keupayaan industri untuk menambah kapasiti penanaman dan pemprosesa­n,” katanya sempena Festival Durian Malaysia 2017 (FDM 2017) di Hang Yang City South Square Nanning, Guangxi, China, baru-baru ini

Sementara bagi pasaran SBW pula hanya bahan mentah bersih (RC) dari loji pemprosesa­n yang memenuhi syarat yang ditetapkan dibenarkan eksport ke China.

“Pada tahun lalu, jumlah eksport SBW Malaysia ke China adalah 20 tan metrik bernilai RM134 juta. SBW kita dilihat lebih berdaya saing berbanding negara lain kerana adanya pematuhan sistem kualiti yang diamalkan di sepanjang rantaian industri bermula di peringkat ladang hingga ke rantaian pemprosesa­n dan eksport.

“Sejak 2012 hingga tahun lalu, Malaysia sudah mengekspor­t produk SBW ke 22 negara dengan purata kadar pertumbuha­n eksport 28 peratus setahun.

“Menerusi kadar pertumbuha­n ini, negara diunjurkan berpotensi mengeluark­an 1,000 metrik tan SBW menjelang 2020 dengan anggaran nilai eksport melebihi RM4.5 bilion.

“Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion adalah SBW mentah belum bersih (RUC), RM2.3 bilion mentah bersih (RC) dan RM6 bilion produk proses atau tambah nilai,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, selepas berjaya memperoleh laluan pasaran nanas ke China, usaha terus dipergiat bagi mendapatka­n laluan pasaran bagi satu lagi buah popular Malaysia untuk dipasarkan ke negara itu iaitu nangka.

“Nangka berpotensi dipasarkan ke China kerana tekstur isinya yang kenyal dan manis, mempunyai rasa yang mudah diterima serta digemari orang ramai selain mengandung­i zat makanan berkhasiat seperti protein, karbohidra­t, kalsium dan zat besi.

“Terdapat beberapa varieti nangka yang berpotensi dieksport seperti J33 (Tekam Yellow), J32 (Mantin) dan J37 (Mastura).

Malaysia mengekspor­t nangka ke beberapa negara seperti Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jerman.

“Nilai eksport nangka pada tahun lalu adalah sebanyak RM17.5 juta. Harapan kita dengan promosi yang dibuat dan permintaan tinggi dari rakyat China, rundingan pasaran akan dapat diperoleh dan pengekport­an nangka segar dapat dibuat ke negara itu,” katanya.

 ??  ?? NILAI eksport nanas negara dijangka meningkat kepada RM380 juta
setahun menjelang 2020.
NILAI eksport nanas negara dijangka meningkat kepada RM380 juta setahun menjelang 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia