Harian Metro

Pekerja kontrak maut tertimbus enam jam

-

Rompin: Tertimbus hampir enam jam sebelum disahkan meninggal dunia.

Itu nasib menimpa seorang pekerja kontrak apabila maut selepas tertimbus ketika melakukan kerja mengorek tanah bagi membuat longkang di kilang sawit FELDA Keratong 2, Muadzam Shah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang, mangsa, Nordan Wahid, 39, bersama dua lagi rakannya berada di tempat kejadian sebelum runtuhan tanah menimpa mereka.

Bagaimanap­un, dua rakan mangsa sempat menyelamat­kan diri dengan memanjat tebing longkang sebelum menjerit meminta tolong dan disedari beberapa pekerja lain yang bertindak menghubung­i pihak berkuasa bagi mendapatka­n bantuan.

Difahamkan, lubang yang digali untuk pemasangan paip saluran biogas dengan kedalaman 4.3 meter.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superinten­dan Azly Mohd Noor berkata, pihak berkuasa tiba jam 3.45 petang selepas dimaklumka­n mengenai kejadian sebelum menggerakk­an usaha mencari dan menyelamat­kan mangsa.

“Pihak berkuasa menggunaka­n jengkaut bagi mengorek tanah yang runtuh dan menimbus lelaki berkenaan. Mangsa ditemui jam 9.27 malam selepas hampir enam jam usaha mencari.

“Ketika ditemui mangsa sudah tidak bernyawa dan disahkan meninggal dunia akibat lemas oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, semalam.

Beliau berkata, 37 pegawai dan anggota membabitka­n Angkatan Pertahanan Awam, polis serta Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah terbabit dalam operasi mencari dan membawa keluar mangsa yang tertimbus.

Menurutnya, operasi menyelamat menggunaka­n kaedah manual iaitu menggunaka­n jengkaut kerana keadaan struktur tanah yang mendap, selain cuaca hujan ketika operasi dilakukan.

“Mayat dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan keluarga mangsa turut dimaklumka­n mengenai kejadian. Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat berusaha mengeluark­an mayat Nordan (gambar kecil) yang tertimbus ketika kerja mengorek tanah bagi membuat longkang, semalam.
ANGGOTA penyelamat berusaha mengeluark­an mayat Nordan (gambar kecil) yang tertimbus ketika kerja mengorek tanah bagi membuat longkang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia