Harian Metro

‘Ia sekadar luahan perasaan saya’

-

Penyanyi lagu Pematah Hati, Nabila Razali, 25, menjelaska­n video sedih yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, baru-baru ini, sekadar luahan perasaanny­a.

Ia sekali gus menepis dakwaan segelintir netizen kononnya video itu ditujukan buat pelakon Aedy Ashraf yang sebelum ini dikatakan bercinta dengan penyanyi terbabit.

“Saya sekadar memuat naik video itu untuk berkongsi dengan pengikut di laman Instagram.

“Saya tidak tujukan video itu kepada Aedy atau sesiapapun,” katanya.

Terdahulu, Nabila memuat naik video luahan rasa kecewanya apabila dipermaink­an seorang lelaki dipercayai ditujukan kepada Aedy.

“Lelaki ni memang tak pernah cukup kan? tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?” katanya dalam video terbabit.

Luahan rasa itu dimuat naik pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu selepas beberapa jam Aedy berkongsi foto mesra dengan seorang wanita jelita ketika menghadiri sebuah acara hiburan.

Rata-rata netizen menganggap video berkenaan ditujukan kepada pelakon Dendam Aurora itu, malah foto terbaru yang dimuat naik oleh Aedy menerima komen peminat yang tidak berpuas hati dengan mendapat lebih 55,000 tontonan.

Ditanya sejauh mana hubunganny­a dengan Aedy, Nabila menjelaska­n mereka sekadar rapat sebagai rakan artis.

“Kami berkenalan menerusi laman sosial dan berkawan tidak sampai sebulan.

“Harap netizen tidak lagi beri komen tidak betul kerana kami bukan pasangan kekasih.

“Saya juga tidak ada masalah jika Aedy ingin berkawan dengan wanita lain dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Mengulas tindakanny­a memadam gambar dan foto mesranya dengan Aedy di laman Instagram, Nabila berkata, dia tidak mahu memanaskan lagi keadaan.

 ??  ?? AEDY
NABILA
AEDY NABILA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia