Harian Metro

Langsai harga tanah RM8,500

-

Kota Bharu: “Alhamdulil­lah, dengan bantuan pelbagai pihak kami dapat menyelesai­kan bayaran tanah RM8,500 kepada pemilik.

“Hampir 40 tahun kami menumpang di tanah ini dan akhirnya ia menjadi milik kami sekeluarga,” kata Sarina Musa, 32, di rumahnya di Kampung Kedai Buloh, Jalan PCB, semalam.

Sarina berkata, tanpa bantuan itu, dia dan suami Fadli Jusoh, 36, tidak dapat melunaskan harga tanah berkenaan kerana kesempitan hidup.

Sejak beritanya tersiar di akhbar, pelbagai pihak tampil memberi bantuan sama ada menerusi akaun bank atau sumbangan terus kepadanya.

“Rakyat negara ini sangat prihatin. Tiada kata yang dapat diluahkan kerana kami akhirnya dapat membayar harga tanah ini.

“Saya berjimat menggunaka­n wang ini termasuk membaiki rumah yang uzur dan sering dimasuki air kerana atap bocor serta dinding berlubang,” katanya.

Terdahulu, Sarina dan suami membayar harga tanah kepada Nik Mat Ibrahim, 62, disaksikan Penghulu Mukim Kedai Buloh Che Mahadi Husin dan Penghulu Mukim Kijang Wan Ibrahim Mohamad.

Katanya, dia juga mahu membeli pakaian dan keperluan persekolah­an dua anaknya yang akan belajar di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh, tahun hadapan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan empat sekeluarga hidup daif dan tinggal di dalam rumah kecil seperti kandang kambing di Kampung Kedai Buloh, Jalan PCB.

Keadaan itu menyebabka­n anak sulungnya, Khairul Nizam Fadli, 10, diejek rakan menyebabka­nnya malu dan berhenti sekolah sejak dua tahun lalu.

Sarina melakukan tiga kerja setiap hari dari jam 7 pagi hingga 7 petang dengan upah RM40 hingga RM50 sehari. Manakala, suaminya, Fadli, bekerja sebagai pengutip kelapa dengan pendapatan RM20 sehari.

Anak bongsunya, Mustika Ayuni, 5, dijaga Khairul Nizam ketika mereka keluar bekerja.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 13 November lalu.
LAPORAN Harian Metro 13 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia