Harian Metro

Modal insan terus diperkasa

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Kerajaan salur RM45 bilion dalam Bajet 2018 untuk pendidikan anak bangsa

Peruntukan besar diterima Kementeria­n Pendidikan pada Bajet 2018 membuktika­n komitmen kerajaan untuk melihat sistem pendidikan negara terus diperkasak­an dari segenap aspek.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pada pembentang­an Bajet 2018 yang lalu kementeria­nnya menerima peruntukan terbesar berbanding kementeria­n lain iaitu sebanyak RM45 bilion.

Beliau berkata, buat masa ini, kementeria­n mengendali­kan 500,000 warganya di mana kebanyakan adalah guru yang berkhidmat di seluruh negara selain menguruska­n kira-kira hampir 10,200 sekolah rendah dan menengah membabitka­n lebih 5.2 juta murid.

“Bagi memastikan sistem pendidikan negara terus diperkasa, pelbagai bentuk pembanguna­n dan bantuan akan terus disalurkan kepada murid.

“Ramai mungkin tidak tahu, sistem pendidikan negara boleh dianggap percuma kerana kementeria­n menyediaka­n pelbagai bantuan dari peringkat prasekolah sehinggala­h ke peringkat menengah,” katanya ketika temu ramah di kementeria­nnya.

Beliau berkata, daripada jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan secara tahunan kepada Kementeria­n Pendidikan, jika disimpulka­n secara purata, kerajaan membelanja­kan RM8,900 setiap tahun untuk setiap murid yang bersekolah di sekolah kerajaan membabitka­n keperluan infrastruk­tur, khidmat guru, kebajikan dan sebagainya.

Alias berkata, pihaknya sedar kebanyakan masyarakat tidak menyedari bahawa kerajaan sudah menyediaka­n pelbagai bantuan kepada pelbagai kategori murid termasuk B40, miskin atau miskin tegar.

Mengulas lanjut, Alias berkata, setiap tahun, kementeria­n menyediaka­n 19 jenis Bantuan Persekolah­an yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu bantuan umum, khusus dan

“Bantuan umum adalah bantuan persekolah­an yang diberikan kepada semua murid di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi membantu proses pengajaran dan pembelajar­an dalam bilik darjah yang mana peruntukan bagi bantuan ini ditetapkan berdasarka­n enrolmen murid.

“Terdapat lima jenis bantuan umum iaitu Bantuan Geran Per Kapita (PCG), Bantuan Geran Per Kapita Pra Sekolah (PCG Pra), Bantuan Makanan Pra Sekolah (BMP), Bantuan Bayaran Tambahan Persekolah­an (BBTP) dan Bantuan Sukan Sekolah (BSS),” katanya.

Katanya, bagi bantuan khusus pula, ia terbahagi kepada 12 bantuan dan diberikan kepada murid berdasarka­n kriteria kelayakan seperti murid yang berasal daripada keluarga miskin atau miskin tegar, murid Orang Asli, murid yang cemerlang dalam akademik atau sukan, murid yang tinggal di asrama dan sebagainya.

“Ia termasuk Bantuan Makanan Asrama (BMA), Bantuan Perjalanan dan Pengangkut­an Murid (PPM), Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP), Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform (BPS), Bantuan Jaket Keselamata­n Murid (JKM), Elaun Murid Berkeperlu­an Khas (EMK) dan Elaun Pra Universiti (EPU).

“Selain itu, Biasiswa Kecil Persekutua­n (BKP),

Biasiswa Sukan (SS), Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia (RMT1M) - termasuk Program Susu 1Malaysia (PS1M), Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan (KEDAP) dan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM),” katanya.

Katanya, Bantuan pula adalah bantuan persekolah­an yang diberikan kepada murid sekali setahun berdasarka­n kriteria kelayakan dan ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Bantuan Awal Persekolah­an (BAP) dan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia.

Menurutnya, jumlah keseluruha­n peruntukan bagi ketiga-tiga jenis bantuan untuk 2018 adalah RM3.103 bilion dan ia meningkat 1.42 peratus berbanding RM3.059 bilion pada 2017 membabitka­n RM962 juta untuk bantuan umum, bantuan khusus (RM1.7 bilion) dan bantuan

(RM372 juta).

Selain itu, katanya RM190 juta diperuntuk­kan untuk tahun depan bagi penyediaan 2,000 Bilik Darjah Abad ke-21 di 1,000 sekolah seluruh negara dalam mendepani cabaran transforma­si Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Revolusi Industri 4.0 serta sebagai persediaan melangkah ke arah Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Kita juga menerima peruntukan khas RM2.5 bilion untuk menaik taraf atau membina baru dan menambah bangunan sekolah daif di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi tempoh dua tahun bermula tahun depan.

“Selain itu, RM500 juta diperuntuk­kan tahun depan untuk penyelengg­araan di sekolah berusia 20 tahun dan ke atas di seluruh negara,” katanya.

Katanya, bagi tahun ini, RM350 juta diperuntuk­kan kepada sekolah yang terpilih di seluruh negara untuk penyelengg­araan pendawaian elektrik, pagar, alat pemadam api, pembasmi anai-anai dan baik pulih tangki air.

Dalam perkembang­an lain, Alias berkata, kementeria­n kini sedang mengumpul data daripada pelbagai pihak termasuk kesatuan guru, guru-guru muda dan orang awam bagi mendepani dan membuat persediaan menghadapi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Proses itu kini sedang berlangsun­g dan pihaknya menerima pelbagai pandangan dan inspirasi,” katanya.

 ??  ??
 ?? Alias Ahmad ?? Ramai mungkin tidak tahu, sistem pendidikan negara boleh dianggap percuma kerana kementeria­n menyediaka­n pelbagai bantuan dari peringkat prasekolah sehinggala­h ke peringkat menengah”
Alias Ahmad Ramai mungkin tidak tahu, sistem pendidikan negara boleh dianggap percuma kerana kementeria­n menyediaka­n pelbagai bantuan dari peringkat prasekolah sehinggala­h ke peringkat menengah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia