Harian Metro

Tanam 75 benih di kawasan rumah

-

Kuala Lumpur: “Setakat ini saya ada 75 benih pokok durian baka ini yang ditanam di sekitar belakang dan halaman rumah. Insya-Allah, saya berminat untuk menambah lagi pada masa akan datang untuk tujuan perniagaan,” kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Beliau mengakui tertarik dengan kelebihan durian itu hingga menarik minatnya menanam benih baka baru itu di kawasan rumahnya di Jalan Damansara di sini, selepas diperkenal­kan sahabatnya, Ferri Anugerah Makmur yang dikenali hampir 30 tahun.

“Saya memang suka makan durian, kebanyakan orang Melayu juga memang sukakan durian. Dulu harganya murah, tetapi apabila mula dieksport, ia mahal,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Beliau yang berpengala­man luas dalam penanaman durian di kebun miliknya di Hulu Langat berkata, proses tumbesaran durian sangat rumit dan perlu dititikber­atkan bagi menghasilk­an buah berkualiti.

“Kebiasaann­ya penanaman durian memerlukan tanah sesuai, tak boleh dekat dengan rumah kerana tumbesaran akarnya boleh merosakkan bangunan sekitar.

“Namun, dengan teknologi baka baru ini, ia boleh ditanam dalam pasu saja. Apapun penjagaann­ya sama dengan durian jenis lain iaitu perlu mendapat air, cahaya matahari dan baja mencukupi serta penjagaan penyakit.

“Saya dibantu lima pekerja bertauliah untuk memastikan tumbesaran pokok durian ASFA50 saya dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut tokoh berpengaru­h itu, beliau mahu menjadi contoh dan galakan kepada Bumiputera lain supaya menanam durian ASFA50 kerana potensinya mampu menyaingi kehebatan musang king dan membawa pulangan lumayan.

“Sebenarnya bukan setakat suka makan durian saja, saya juga mahu buktikan orang Bumiputera boleh tanam durian secara komersial. Mungkin apabila seorang berjaya orang lain akan mencontohi­nya,” katanya.

 ?? Tun Daim ?? Dengan teknologi baka baru ini, ia boleh ditanam dalam pasu saja. Apapun penjagaann­ya sama dengan durian jenis lain iaitu perlu mendapat air, cahaya matahari dan baja mencukupi serta penjagaan penyakit”
Tun Daim Dengan teknologi baka baru ini, ia boleh ditanam dalam pasu saja. Apapun penjagaann­ya sama dengan durian jenis lain iaitu perlu mendapat air, cahaya matahari dan baja mencukupi serta penjagaan penyakit”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia