Harian Metro

Hanya 610 anak pokok diberi untuk pemasaran

-

daun sekalipun saya buang,” katanya yang menanam anak pokok durian itu di halaman rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini.

Menurutnya, minatnya itu turut disokong isteri, Datin Norbaya Musa serta empat anak mereka yang turut memberikan perhatian dan penjagaan kepada pokok berkenaan.

“Demi tiga anak pokok itu, saya dan isteri sanggup mengalihka­n pokok bunga kertas yang kami tanam sejak sembilan tahun lalu ke dalam pasu besar untuk memudahkan kami memantau tumbesaran ASFA50.

“Isteri dan anak-anak tahu pokok durian ini sudah menjadi kesayangan saya sekarang, jadi mereka turut sama memberikan perhatian kepada pokok ini. Bagi memastikan­nya dalam keadaan baik, kami akan menyiram pagi dan petang dan dua hari sekali membajanya,” katanya memberitah­u harga satu anak pokok itu kira-kira RM150.

Katanya, hasil penemuan baka terbaru itu membolehka­n peminat durian bukan saja berpeluang menikmati hasilnya dalam tempoh singkat, namun dijadikan koleksi pokok hiasan di laman rumah berikutan ciri unik terdapat pada baka baru itu yang renek dan berakar tunjang.

“Di sekeliling rumah ini, kami ada tanam pokok lain seperti pisang, rambutan, belimbing, nangka, petai, jering dan pelbagai tanaman herba untuk kegunaan sendiri. Sebelum ini, pernah cuba menanam durian musang king dan kunyit, tetapi tidak bertahan lama.

“Justeru, dengan munculnya baka baru ini yang dikatakan mempunyai lebih ketahanan dan renek, Kangar: Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis diberi tanggungja­wab oleh pihak Istana Arau untuk memasarkan durian daripada baka ASFA50 yang sudah diisytihar buah diraja kedua selepas mempelam harumanis.

Pengurus Besarnya, Abd Razak Mat Yusuff berkata, pihaknya diberi kepercayaa­n oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l untuk memasarkan­nya ke seluruh negeri.

“Secara amnya, pihak kami hanya menguruska­n pemasaran tanaman ini saja manakala kajian atau pembanguna­n ia satu berita baik buat peminat durian kerana bukan saja boleh ditanam di tepi laman rumah, malah berpeluang merasa buahnya dalam tempoh tiga tahun.

“Insya-Allah, saya cadang menanam lagi 30 pokok di belakang rumah selepas ini,” katanya yang mengakui keenakan durian ASFA50 selepas diberi peluang menjamahny­a sebelum ini. (R&D) dilakukan pihak lain.

“Melihatkan potensi yang ada pada durian baka ini di negeri ini, satu pelancaran durian baka ASFA50 diadakan sempena sambutan ulang tahun baginda (Mei lalu),” katanya.

Beliau berkata, jika kebiasaann­ya durian tempatan daripada baka biasa hanya berbuah sekali setahun tetapi durian baka ASFA50 ini pula berbuah dua kali setahun.

“Malah, difahamkan juga baunya juga tidak sekuat durian tempatan dan lebih enak.

“Bagi tujuan pemasaran, pengenalan terhadap durian daripada baka ini sering kita laksanakan ketika berlangsun­gnya majlis Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri di mana masyarakat terutama petani begitu bersemanga­t untuk mengambil tahu serta mencuba menanam durian baka ASFA50 ini,” katanya.

Menurutnya, sebagai permulaan sebanyak 610 anak pokok durian baka ASFA50 diberikan kepada pihaknya untuk tujuan pemasaran.

“Daripada jumlah itu, lebih 50 peratus sudahpun terjual sejak diperkenal­kan sekitar Mei lalu dan ada petani membeli antara 10 hingga 20 anak pokok yang membawa maksud berkemungk­inan mereka ingin melakukan penanaman ini secara komersial manakala ada yang sekadar mahu mencuba membeli antara satu hingga dua anak pokok saja.

“Setiap satu anak pokok berkenaan dijual dengan harga RM150 di mana untuk sementara waktu ini, anak pokok ini diletakkan di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintong di Kangar,” katanya.

 ??  ?? POKOK yang sudah matang selepas tiga tahun.
YAZID memberi sepenuh perhatian dalam penjagaan pokok baka ASFA50.
POKOK yang sudah matang selepas tiga tahun. YAZID memberi sepenuh perhatian dalam penjagaan pokok baka ASFA50.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia