Harian Metro

‘Saya memang kecewa’

-

Kuala Lumpur: “Memang saya dan anak rasa kecewa sebab dah rancang awal, tetapi demi keselamata­n, saya reda,” kata Nor Aziah Badarudin, 38, yang kerugian RM1,500 selepas penerbanga­nnya ke Lombok, Indonesia, semalam dibatalkan susulan letusan Gunung Berapi Agung di Bali.

Pegawai bank itu berkata, pada mulanya penerbanga­n dengan pesawat AirAsia yang mengambil masa empat jam 50 minit itu berpatah balik dan terpaksa dijadualka­n semula hari ini.

“Masa berlepas adalah jam 8.30 pagi tadi (semalam), di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan sedang dalam perjalanan, pada jam 10.30 pagi, kapten umumkan terpaksa berpatah balik.

“Setibanya di klia2 saya telefon hotel untuk tunda daftar masuk penginapan kepada esok (hari ini), memandangk­an saya dah bayar hotel RM1,500. Begitu juga dengan penerbanga­n, saya minta jadualkan semula 27 November.

“Malangnya, saya baru saja terima maklumat terkini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-emel mengatakan penerbanga­n kami dibatalkan terus,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ini bermakna, bayaran hotel selama lima hari berjumlah RM1,500 yang dibuat untuk penginapan­nya bersama suami, Kahirol Jefri Abd Muen, 40, dan dua anak, Aisyah Nur Afiqah, 14, dan Adam Afiq, 12, hangus begitu saja.

“Kami sekeluarga merancang percutian ini sejak Mei lalu sempena cuti sekolah yang bermula Jumaat lalu dan saya pun dah minta cuti panjang,” katanya.

 ?? Nor Aziah ?? Bayaran hotel berjumlah RM1,500 hangus begitu saja”
NOR Aziah (kanan) bersama dua anaknya.
Nor Aziah Bayaran hotel berjumlah RM1,500 hangus begitu saja” NOR Aziah (kanan) bersama dua anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia