Harian Metro

Setahun tiga kali ke pusat pemindahan

-

Kota Bharu: Kawasan rumah di Kampung Lubuk Besar, Kok Lanas, Kota Bharu yang mudah dinaiki air apabila hujan lebat berterusan menyebabka­n Noriah Mamat, 55, berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebanyak tiga kali, tahun ini.

Ia termasuk perpindaha­n terbaru tengah hari tadi di Pusat Latihan & Dakwah Orang Asli Islamic Outreach ABIM Kelantan, Kok Lanas.

Sebelum ini, dia berpindah sebanyak dua kali ke PPS sama dan PPS yang dibuka di Politeknik Kok Lanas pada Januari lalu.

Menurutnya, rumahnya dinaiki air kira-kira setengah meter di bahagian dapur dan halaman rumah.

“Hujan lebat semalam (kelmarin) dan tidak berhenti menyebabka­n air naik dengan cepat. Malam tadi saya memang tidak boleh tidur kerana menyimpan barang penting dan bersedia untuk berpindah.

“Saya hanya tunggu arahan pihak berkuasa sehinggala­h pada jam 12 tengah hari tadi, kami dinasihatk­an berpindah kerana keadaan berisiko,” katanya ketika ditemui di PPS itu, di sini, semalam.

Dia yang tinggal bersama suami, Baharuddin Hussin, 58, dan anak lelaki berusia 22 tahun tidak mengalami masalah kerana sudah biasa menghadapi banjir. “Berdasarka­n pengalaman lalu, memang saya sudah bersedia awal dan hanya menunggu arahan untuk berpindah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Banjir Jajahan Kota Bharu, Ahmad Robert Abd Rahim berkata, PPS itu mula dibuka sejak 10 pagi selepas perkampung­an itu dan sekitarnya dinaiki air sehingga 0.5 meter.

Beliau berkata, kawasan itu mula dinaiki air sejak jam 2 pagi, namun penduduk mula berpindah jam 12 tengah hari.

“Kami juga memantau kawasan lain seperti Kampung Tiong, Rupek dan Pasir Tumbuh yang sudah diminta bersedia serta perlu berpindah sekiranya hujan masih berterusan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia