Harian Metro

Mimpi ulama berjubah

- Mohd Hilmie Hussin dan Muhd Luqman Hakim Khalid am@hmetro.com.my

Selepas sekian lama mendirikan rumah tangga dan melalui fasa penceraian, ahli perniagaan tidak menyangka serangan angin ahmar yang menimpanya Jun tahun lalu membawa hidayah sebelum memeluk Islam.

Muhammad Amirul Sun, 52, berkata, ketika bermalam dua minggu di katil hospital, dia bermimpi didatangi ulama berjubah seperti orang zaman dahulu kala mengatakan sesuatu kepadanya hingga terbuka hatinya memeluk Islam, dua bulan kemudian.

“Saya bermimpi ketika diserang angin ahmar. Dalam mimpi itu, dia mengajar saya sesuatu, tapi tidak jelas dan saya mencari-cari apa yang diperkatak­an ulama itu hinggalah saya memeluk Islam Ogos tahun lalu,” kata Muhammad Amirul, ditemui pada Majlis Persanding­an Perdana anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Taman Rempah, Melaka, malam kelmarin.

Beliau berkata, sebelum diserang angin ahmar dia sudah lama bercerai dengan isterinya.

“Sudah lama saya berniat mahu berkahwin dengan rakan kongsi perniagaan hingga saya peluk Islam dan rakan saya setuju berkahwin, hari ini kami bersanding,” kata Muhammad Amirul, yang berkahwin dengan Norita Deraman, 39.

Norita yang belum pernah berkahwin berkata, dia yakin suaminya jodoh terbaik dan perkahwina­n mereka diterima baik keluarga.

Sementara itu, pasangan paling muda, Muhamad Firdaus Mazlan, 20, dan pasanganny­a yang juga mualaf, Aziela Othman, 17, bersyukur dapat merasa naik pelamin beramai-ramai dengan busana pengantin yang penuh warna-warni.

 Ahli perniagaan terbuka hati peluk Islam selepas terlantar di Hospital

Berkenalan melalui aplikasi sosial WeChat, Muhamad Firdaus tidak menyangka pertemuan dengan gadis Orang Asli dari Simpang Ampat, Alor Gajah itu membawa mereka ke jenjang pelamin.

Pada majlis itu, 20 pasangan pengantin diraikan pada Persanding­an Perdana peringkat negeri Melaka sempena Festival Antarabang­sa Sungai Melaka di Dataran Sungai Melaka, di Taman Rempah.

 ??  ?? MUHAMMAD Amirul bersama isterinya, Norita pada Majlis Persanding­an Perdana, kelmarin.
MUHAMMAD Amirul bersama isterinya, Norita pada Majlis Persanding­an Perdana, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia