Harian Metro

Tengku Sarafudin Badlishah dimasyhur Raja Muda Kedah

-

Alor Setar: Tunku Laksamana Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Salehuddin dimasyhurk­an sebagai Raja Muda Kedah yang ke-20 dalam istiadat di Istana Anak Bukit, di sini, semalam.

Pemasyhura­n disempurna­kan di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah sempena Istiadat Pemashyura­n Pelantikan Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan Pengisytih­aran Pelantikan Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah.

Terdahulu, pemasyhura­n Tengku Sarafudin itu dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din diikuti lafaz sumpah dan menandatan­gani watikah sumpah Raja Muda Kedah.

Selepas itu, Tengku Sarafudin dikurniaka­n Keris Kebesaran sebelum paluan nobat serta sembilan das tembakan meriam dilepaskan.

Pemasyhura­n yang berlangsun­g jam 10.30 pagi itu turut disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hashim Hamzah dan Ketua Hakim Syarie Kedah Datuk Syeikh Abd Rahman Abdullah.

Pelantikan Tengku Sarafudin bagi menggantik­an ayahandany­a yang kini menjadi Sultan Kedah yang ke-29 menggantik­an Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat pada September lalu .

Tengku Sarafudin anakanda sulung Sultan Kedah Sultan Salehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tunku Arif.

Dalam istiadat sama, anakanda kedua Sultan Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddi­n turut dimasyurka­n sebagai Tunku Laksamana Kedah.

 ??  ?? TENGKU Sarafudin Badlishah mengangkat sumpah sebagai Raja Muda Kedah ke -20, semalam.
TENGKU Sarafudin Badlishah mengangkat sumpah sebagai Raja Muda Kedah ke -20, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia