Harian Metro

Sabar dan ketentuan takdir

-

 Pupuk sikap pada landasan betul bagi tangani kekecewaan

mencapai kejayaan pada masa akan datang dalam peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Allah SWT tidak akan menzalimi hamba-Nya yang reda terhadap takdir yang ditentukan hasil usaha sendiri. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Sesiapa yang mengerjaka­n amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya.” (Surah Fussilat, ayat 46)

Menerima takdir bukan bererti seseorang itu hanya pasrah tanpa berusaha. Sebaliknya, menerima takdir perlu difahami dalam konteks menerima ketentuan Allah SWT atas sesuatu perkara dan melipatgan­dakan strategi serta usaha supaya mendapat takdir yang lebih baik.

Sikap menerima takdir dapat ditanam dalam diri sekiranya seseorang itu memiliki sifat sabar dalam menerima rezeki yang ditentukan Allah SWT buatnya.

Begitu juga sabar ketika melihat kejayaan orang lain. Orang yang sabar tidak akan sesekali menyalahka­n takdir dan tidak iri hati terhadap rezeki orang lain.

Setiap ibu bapa begitu mengharapk­an anak-anak mereka berjaya, namun ketika menzahirka­n hasrat kepada anak, usah sandarkan harapan terlalu menggunung tinggi.

Harapan itu sebenarnya membuatkan anak-anak berasa sangat kecewa sekiranya mereka gagal mencapainy­a. Ingatkan anak-anak, usaha mereka tidak akan membawa sebarang kesan sekiranya tidak diperkenan­kan-Nya.

Usaha juga perlu disertakan dengan tawakal kepada Allah SWT menerusi solat, doa dan bermunajat.

Ibu bapa juga disaran supaya tidak mengukur kelebihan anak sendiri dengan membanding­kannya dengan anak orang lain.

Carilah kelebihan anak-anak dan mulakanlah langkah mencipta kejayaan mereka daripada kelebihan itu. Anak-anak berusia 12 tahun ini terlalu muda untuk rebah dengan kekecewaan dan kesedihan.

Mereka sepatutnya dipuji atas apa juga keputusan yang diterima kerana itulah hasil usaha mereka yang ikhlas.

Pada usia itu juga mereka sangat jujur dan mustahil untuk mereka meniru dalam peperiksaa­n. Keputusan itu adalah hasil usaha yang perlu kita hargai.

Penulis pensyarah Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ?? Surah Fussilat, ayat 46 ?? Sesiapa yang mengerjaka­n amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya” BERIBADAT juga...
Surah Fussilat, ayat 46 Sesiapa yang mengerjaka­n amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya” BERIBADAT juga...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia