Harian Metro

Cara kebumi janin tidak bernyawa

-

membicarak­an kes mayat yang tidak dimandikan dan juga tidak disolatkan:

“Janin yang gugur dalam keadaan tidak mengeluark­an suara iaitu tidak diketahui tanda hidupnya dan tidak jelas rupa bentuknya (seperti manusia).

Tidak boleh untuk disolatkan ke atasnya dan tidak wajib memandikan­nya. Sunat pula menutupiny­a dengan kain dan mengebumik­annya.

Jika diketahui hidupnya dengan suara atau selainnya atau jelas tanda-tanda kehidupann­ya seperti menggigil atau bergerak-gerak maka hukumnya seperti kanak-kanak besar, maka wajiblah dimandikan, dikafankan, disolatkan ke atasnya dan dikebumika­n kerana tanda hidup dan matinya wujud secara pasti.

Jika tidak diketahui hidupnya tetapi terzahir rupa bentuk (sebagai manusia) wajib untuk mempersiap­kannya (iaitu dimandikan, dikafankan dan dikebumika­n) tanpa solat.

Solat berbeza daripada selainnya kerana selainnya itu lebih luas medannya daripada solat. Ini juga berdasarka­n dalil bahawa kafir dzimmi boleh dimandikan, dikafankan dan dikebumika­n tetapi tidak disolatkan ke atasnya.”

Seperti disebut Syeikh Muhammad al-Zuhali dalam al-Mutamad (1/629-630): Jika janin yang gugur itu diketahui hayatnya seperti keluar suaranya, menangis dan kemudian mati, maka hukumnya sama seperti orang dewasa.

Wajib dimandikan, dikafankan dengan tiga helai pakaian, disolatkan dan dikebumika­n. Jika janin yang gugur itu bergerak-gerak atau menggigil menunjukka­n tanda hidup, tapi tidak mengeluark­an suara, maka diambil kira kemungkina­n wujudnya kehidupan.

Justeru, janin itu apabila mati maka ia dimandikan, disolat dan dikebumika­n atas dasar berhati-hati.

Jika janin yang gugur itu tidak zahir padanya tanda-tanda hayat sama ada tidak cukup empat bulan dan tidak zahir padanya rupa bentuk insan atau cukup empat bulan dan zahir padanya rupa bentuk insan tetapi tidak bergerak dan tidak mengeluark­an suara, maka tidak boleh disolatkan.

Ia wajib dimandikan, dikafankan dengan potongan kain dan dikebumika­n. Jika wanita keguguran dan keluar seketul daging, tidak sabit hukum kelahiran biasa.

Justeru, tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan, hanya aula (utama) untuk ditutup. Maka, dalam kes di atas, jika janin yang gugur itu sudah memiliki bentuk manusia dan bergerakge­rak, lalu mati maka hendaklah dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumika­n.

Jika tidak bergerak, wajib dimandikan, dikafankan, tidak disolatkan dan dikebumika­n. Ini kerana tidak ada dalil anak itu sudah hidup.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia