Harian Metro

Pakatan jahat jual baja SBKP

-

Kuala Lumpur: Petani masih mendapat bekalan baja penuh biarpun petak sawah sudah menjadi rumah.

Situasi itu berlaku di sebuah negeri di utara tanah air apabila wujud pakatan dalaman antara pesawah dengan pihak ketiga yang mengambil untung menerusi lebihan baja yang tidak digunakan.

Menurut sumber, pakatan terancang itu wujud sejak beberapa tahun lalu dan sindiket berkenaan seolah-olah tidak gerun dengan tindakan pihak berwajib.

Katanya, di sesetengah kawasan, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) tidak mendaftar semula keluasan tanah menyebabka­n bekalan baja diberikan mengikut rekod asal.

“Baja dibekalkan seperti biasa. Separuh daripada baja itu tak dituntut. Mereka berpakat dengan pihak ketiga dan peniaga murah.

“Baja urea RM6 saja satu beg. Tapi peniaga jual balik RM25 hingga RM30. Sepatutnya tidak jadi begitu,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed

beli dengan berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai isu itu sejak ia didedahkan akhbar ini, Khamis lalu.

Katanya, PPIM akan mengumpul semua maklumat itu sebelum merujuk kes berkenaan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

Jumaat lalu, suspek keempat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penyelewen­gan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBKP) bernilai RM2.54 juta ditahan reman.

 ?? Dr Abdul Kadir ?? PPIM akan mengumpul semua maklumat itu sebelum merujuk kes berkenaan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut”
Dr Abdul Kadir PPIM akan mengumpul semua maklumat itu sebelum merujuk kes berkenaan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia