Harian Metro

Bawa peminat ke ‘lokasi lain’

- DARI MUKA R23

Akim & The Majistret turut berhasrat

kembangkan sayap ke China

“Kami mahu peminat berasa mereka seperti berada di lokasi lain iaitu planet Akim & The Majistret,” katanya.

Konsert yang akan bermula jam 8 malam itu berskala besar pertama buat mereka di Kota Singa.

Malah mereka akan tampil dengan himpunan lagu popular seperti Mewangi, Potret, Obses dan Lagu Untuk Laila. Peminat yang ingin mendapatka­n tiket boleh membeli secara ‘online’ di www.apactix.com.

Dalam perkembang­an lain, band ini berhasrat mengembang­kan sayap di China. Pemilihan negara itu berikutan sambutan positif peminat berbangsa Cina.

“Kami pernah mengadakan persembaha­n di Pulau Pinang dan ketika itu kebanyakan penonton adalah berbangsa Cina dan mereka tahu lagu kami Mewangi.

“Banyak juga permintaan yang kami terima untuk menyanyika­n lagu kami dalam versi bahasa Cina dan InsyaAllah jika tiada halangan kami dalam proses ke arah itu,” kata Zimi.

Mereka juga berhasrat tampil dengan album Mandarin berikutan beberapa tenaga kerja pasukan Akim & The Majistret berbangsa Cina dan ia pastinya memudahkan urusan itu.

“Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan lancar. Apabila peluang sudah ada, tak salah mencuba,” katanya.

- Syanty Octavia Amry

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia