Harian Metro

AKIFMA JULANG TUGAS WARTAWAN

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Bagi menghargai peranan wartawan hiburan khususnya dalam industri filem yang banyak membantu memperkasa­kan perancanga­n dan agenda pembanguna­n industri, satu anugerah khas berlangsun­g gilang-gemilang di sebuah hotel di ibu kota, Jumaat lalu.

Acara yang diperkenal­kan sebagai Anugerah Kewartawan­an Industri Filem Malaysia 2017(AKIFMA) itu menyaksika­n wartawan hiburan media cetak, elektronik serta media baharu turun padang bagi bersama-sama membangunk­an industri filem melalui penulisan kreatif dan kreatif.

Lebih menarik, Pengarang Berita Harian Metro Adam Salleh meraih anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik menerusi artikel bertajuk Masih Mencungap Mengejar RM75 juta yang disiarkan di Harian Metro.

Kejayaan Adam menyaksika­n dia membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil penghargaa­n.

AKIFMA 2017 anjuran Perbadanan Kemajuan

Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan (WHAM) serta disokong Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) .

Wartawan Berita Harian (BH) Rozdan Mazalan pula mendominas­i kategori utama iaitu Anugerah Kewartawan­an Cemerlang 2017 bersama wartawan Mingguan Malaysia Abd

Aziz Ittar.

Bagi kategori Anugerah Penulis Pojok Terbaik, trofi itu dimenangi wartawan BH Raja Nurfatimah Mawar Mohamed menerusi artikel bertajuk Beginikah Perilaku Penggiat Seni dalam ruangan Desas Desus.

Kemenangan ini sekali gus menyaksika­n Media Prima Berhad memperoleh tiga anugerah pada acara yang menawarkan 12 trofi termasuk tiga untuk kategori khas.

Adam ketika selepas acara berakhir berkata, dia sering diberikan tanggungja­wab menulis kolum dalam setiap penerbitan yang pernah dia berkhidmat.

“Saya menulis kolum sejak 1987 di sebuah majalah dan kemudian setiap kali beralih ke penerbitan lain saya masih diberikan tanggungja­wab sama sehinggala­h berkhidmat di Harian Metro.

“Menerusi kolum yang dinamakan Pen Emas, saya banyak mengupas isu yang berlaku dalam industri

 ??  ?? BARISAN pemenang AKIFMA bergambar bersama tulang
belakang acara.
BARISAN pemenang AKIFMA bergambar bersama tulang belakang acara.
 ??  ?? RAJA Nurfatimah Mawar
RAJA Nurfatimah Mawar
 ??  ?? ROZDAN
ROZDAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia