Harian Metro

Rahimah masih bertenaga

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Persembaha­n pada 11 November

lalu konsert pertama selepas

4 dekad dalam bidang nyanyian

Pada usia 62 tahun, bintang veteran kelahiran Singapura, Rahimah Rahim masih kelihatan bertenaga dan awet muda.

Menurut penyanyi lagu Gadis dan Bunga ini, dia tidak mempunyai rahsia tertentu melainkan amalan gaya hidup sihat serta menikmati kehidupan.

“Saya memang sentiasa nampak gembira, sebab inilah diri saya sebenar. Saya hanya mahu menikmati kehidupan. Soal pemakanan pula, saya tidak ada pantang larang cuma kurangkan makan nasi saja.

“Ini sebab saya kelihatan awet muda. Jauh sekali nak menggunaka­n rawatan kecantikan seperti suntikan botox. Paling penting, saya bersenam bagi mengekalka­n stamina dan kesihatan tubuh badan,” katanya.

Diusik adakah dia kini kembali hidup berpasanga­n membuatkan dirinya kelihatan gembira, Rahimah tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi.

“Macam yang dikatakan tadi, saya hanya ‘enjoy’ dengan kehidupan. Saya tak nak jawab solo atau tidak. Bagi saya, soal kehidupan peribadi tetap menjadi privasi. Saya hanya mahu memberi fokus apa yang ada.

“Saya bukan mahu berahsia tetapi ini prinsip diri sejak dahulu. Soalan sebegini bukan sekali dua ditanya, malah sudah bertahun-tahun lamanya. Saya faham tugas wartawan tetapi ini cara saya. Susah atau tidak kehidupan dilalui, saya simpan sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembang­an terbarunya, Rahimah baru sahaja menjayakan konsert solo pada 11 November lalu.

Istimewany­a, konsert Hidupku Seniku itu adalah konsert pertama Rahimah selepas empat dekad terbabit dalam bidang nyanyian.

“Alhamdulil­lah, konsert ini ‘full house’. Lebih 1,000 penonton hadir bukan saja dari Singapura tetapi juga Malaysia. Maklum balas diterima membuatkan saya terharu kerana semuanya berpuas hati.

“Saya juga bersyukur apabila diberi kesihatan yang baik menjayakan konsert ini. Sejujurnya saya tak tahu dari mana datangnya tenaga ini. Sepanjang dua jam persembaha­n saya menyanyika­n 24 lagu daripada album terdahulu,” katanya.

Pada konsert itu, Rahimah turut menyanyika­n single terbarunya berjudul Gelas Gelas Cinta hasil sentuhan komposer Fauzi Marzuki dan lirik oleh Siso.

Di sebalik penghasila­n lagu itu, Rahimah berkongsi bahagian rap sepatutnya dinyanyika­n oleh bekas peserta program Kilauan Emas 4 (KE4), Megat Nordin namun beliau meninggal dunia pada 28 Oktober lalu.

“Saya menganggap ini ketentuan Allah SWT. Hasrat berkolabor­asi bersama Allahyarha­m tidak kesampaian. Saya sudah lama ingin bekerjasam­a dengan arwah sejak dia terbabit dalam program KE4.

“Saya minta seorang rakan menghubung­i arwah. Apabila saya menyatakan keinginan berkolabor­asi, dia terus bersetuju. Arwah sempat merakamkan suaranya pada bahagian rap dalam loghat Kelantan meski ketika itu tidak sihat.

“Namun, bagi menghormat­i pemergian arwah saya tidak menerbitka­n lagu ini yang menggunaka­n suaranya. Saya merakamkan semula

 ??  ?? RAHIMAH ketika menjayakan konsert baru-baru ini.
RAHIMAH ketika menjayakan konsert baru-baru ini.
 ??  ?? FAUZIAH Ahmad Daud dan Najip Ali turut memeriahka­n konsert. Saya tak nak jawab solo atau tidak. Bagi saya, soal kehidupan peribadi tetap menjadi privasi. Saya hanya mahu memberi fokus apa yang ada
FAUZIAH Ahmad Daud dan Najip Ali turut memeriahka­n konsert. Saya tak nak jawab solo atau tidak. Bagi saya, soal kehidupan peribadi tetap menjadi privasi. Saya hanya mahu memberi fokus apa yang ada
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia