Harian Metro

Kritikan pemangkin semangat Syakilla

-

Mula menyerlah selepas raih emas 3 tahun berturut-turut dalam pertanding­an National Junior Championsh­ip

pingat perak.

“Walaupun sekadar perak, saya tetap berpuas hati kerana itu adalah pengalaman pertama beraksi di luar negara,” katanya yang sudah menyertai lebih 50 pertanding­an karate dalam dan luar negara.

Sukan SEA KL adalah penyertaan kali ketiga Syakilla selepas memenangi dua emas di Sukan SEA Myanmar 2013.

“Saya sangat gembira kerana berjaya menghadiah­i pingat emas dua kali berturut-turut dan bukan senang untuk menggondol kejayaan ini, semua persiapan mencabar yang dilalui selama setahun akhirnya terbayar.

“Walaupun banyak kritikan negatif daripada positif, saya jadikan itu semangat untuk terus berjuang sehingga menang di gelanggang,” katanya yang dilatih oleh Andris Vasiljevs.

Anak kedua daripada lima beradik ini berkata, jadualnya padat setiap hari dengan latihan dan sangat menitikber­atkan pemakanan.

“Setiap hari saya menjalani latihan pada waktu pagi dan petang kecuali Ahad.

“Soal pemakanan pula, saya kini menjalani program diet untuk menurunkan berat badan dari 56 kilogram (kg) ke 55kg untuk bertanding kategori bawah 55kg.

“Sebelum ini saya bertanding di bawah kategori bawah 61kg. Jadi saya akan makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan seminggu sekali saja ambil karbohidra­t,” katanya.

Katanya, memang wujud katakata negatif daripada sesetengah pihak bahawa karate tidak sesuai dijadikan sukan untuk perempuan.

“Bagi saya, tanggapan itu salah kerana pada masa kini perempuan sudah tidak selamat berjalan seorang diri.

“Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku seperti kes ragut dan rogol. Oleh itu, karate adalah salah satu seni yang boleh dipelajari untuk mempertaha­nkan diri sendiri. Zaman sudah berubah dan kita perlu lebih berfikiran terbuka,” katanya.

Memang benar pengorbana­n atlet negara sangat besar kerana mereka sanggup menggadaik­an kehidupan sosial untuk menjalani latihan dan mempersiap­kan diri bagi memberi aksi terbaik.

Pengorbana­n ini juga dilalui Syakilla yang kini sudah mula menjalani latihan untuk beraksi di Sukan Asia dan Kejohanan Dunia pada tahun hadapan.

“Walaupun pertanding­an itu hanya akan berlangsun­g pada tahun hadapan, saya tidak boleh ambil mudah kerana untuk memenangi pertanding­an perlu latihan yang konsisten.

“Apatah lagi pada Januari akan datang saya perlu melayakkan diri untuk beraksi di Olimpik Tokyo 2020,” katanya yang bakal beraksi di Premier League Series A, Okinawa Jepun hujung bulan ini.

Syakilla turut memberi nasihat kepada remaja yang berminat menyertai sukan ini agar tidak mudah berputus asa.

“Sukan ini sangat unik dan saya akui bukan mudah untuk menguasain­ya. Namun jangan mudah mengalah dan sentiasa yakin pada diri sendiri!,” katanya yang kini berada pada ‘ranking’ pertama negara dan nombor lapan dunia.

 ??  ?? AKSI Syakilla ketika menentang peserta Thailand, Paweena Raksachart dalam acara kumite Wanita Berkumpula­n Sukan SEA KL 2017.
AKSI Syakilla ketika menentang peserta Thailand, Paweena Raksachart dalam acara kumite Wanita Berkumpula­n Sukan SEA KL 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia