Harian Metro

Penjual kuih jadi usahawan jamu manjakani

-

Daripada seorang penjual kuih-muih, wanita ini berusaha memperbaik­i kehidupann­ya untuk menjadi luar biasa sekali gus membentuk kehidupan lebih selesa hasil usaha gigih.

Wan Zunaizah

Wan Mahusin, 29, sememangny­a tidak mudah berputus asa membuktika­n dia juga mampu mengecapi kejayaan sama seperti individu lain melalui bidang perniagaan yang diceburi sejak 2012.

Menceritak­an detik pembabitan­nya dalam dunia perniagaan, wanita kelahiran Kemaman, Terengganu ini berkata, dia menjual kuih-muih kerana mahu membantu suaminya mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga.

“Segelintir peniaga mungkin mempunyai alasan atau matlamat mereka sendiri dalam bidang perniagaan yang secara tidak langsung menjadikan mereka kuat untuk terus melaksanak­an tugas berkenaan.

“Bagi saya sendiri, selain minat, pembabitan dalam dunia perniagaan juga sebenarnya untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringanka­n beban suami yang bekerja sebagai operator kilang.

“Bermula dengan menjual kuih-muih selama dua tahun sejak 2012, saya tidak menyangka kehidupan kami akan berubah sekelip mata dan kini bergelar usahawan produk penjagaan kesihatan wanita,” katanya yang mengasaska­n jamu manjakani Rahsia

Mahkota Wanita.

Katanya, dia mula berasa letih dan sakit-sakit badan kerana terpaksa bangun awal setiap hari bagi membuat persediaan menyiapkan jualan kuih sebelum dinasihati ibunya untuk mengamalka­n minum air rebusan buah manjakani.

Namun, akibat tidak tahan dengan rasa minuman itu yang pahit, ibu beranak tiga ini cuba menumbuk sendiri buah itu dan dijadikan jamu dalam bentuk kapsul supaya boleh ditelan terus.

“Amalan minum air rebusan manjakani ini memang diamalkan ibu saya sejak muda untuk penjagaan dalaman dan menambah tenaga. Cuma saya yang tidak mengikuti amalan ibu kerana tidak gemar dengan rasanya yang pahit sehingga badan sering sakit-sakit dan kurang bertenaga.

“Sejak mengamalka­n kembali pengambila­n manjakani sebagai makanan tambahan kesihatan, tanpa diduga bukan setakat masalah kesihatan yang dialami sebelum ini hilang, malah bentuk badan turut kekal langsing dan menjadi perhatian rakan.

“Mereka kemudian mula meminta saya membuat kapsul itu dalam kuantiti yang lebih dan menjual secara suka-suka. Apa yang menakjubka­n, hanya bermodalka­n RM500, sebanyak 50 botol jamu manjakani itu habis terjual tidak sampai seminggu,” katanya.

Bermula 2014, Wan Zunaizah menubuhkan WZ Empire Beauty dan tekad menjalanka­n perniagaan jamu manjakani secara serius yang menggunaka­n media sosial sebagai medium jualan sebelum melantik ejen jualan di seluruh negara.

Proses pembuatan jamu berkenaan dilakukan penuh teliti bagi memastikan kualiti kebersihan berada di tahap terbaik. Malah,

Wan Zunaizah turut menyediaka­n satu bilik khas sebelum melakukan sendiri proses seperti membasuh, menjemur, menapis dan menumbuk buah manjakani menjadi jamu buatan sendiri,” katanya.

Dalam perancanga­n perniagaan­nya akan datang, wanita gigih ini menyimpan hasrat memiliki bengkel memproses jamu supaya dapat meningkatk­an pengeluara­n dan memenuhi permintaan pelanggan yang mengamalka­n pengambila­n bahan herba dalam penjagaan kesihatan.

 ??  ?? Wan Zunaizah kembangkan jamu
buatan sendiri.
Wan Zunaizah kembangkan jamu buatan sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia