Harian Metro

Terlupa cabaran apabila di puncak

- DARI MUKA H53

Keindahan Gunung Irau seperti sebahagian landskap dalam filem The Lord of The Rings dan Avatar

Penulis yang turut serta merasai pengalaman berharga menawan gunung kesembilan tertinggi di Semenanjun­g dan ke-15 di Malaysia itu dengan ketinggian 2,110 meter atau 6,924 kaki dari aras laut.

Menyusuri pendakian yang mengambil masa hampir empat jam itu, seorang pendaki, Latifah Rafii, 46, berkata, dia mula menanam minat untuk mengikuti aktiviti sejak tahun lalu dan mengakui sejak itu tidak pernah berhenti mengikuti manamana program pendakian sama ada di bukit mahupun gunung berdekatan.

Katanya, kali pertama mendaki dia mendapati banyak kalori yang dibakar iaitu antara 1,000 ke 2,500 kcal berbanding aktiviti kecergasan lain dan dia menghabisk­an waktu terluang pada hujung minggu dengan aktiviti itu.

“Meskipun hampir menginjak usia separuh abad, saya mahu kekal cergas demi kesihatan.

Petua kekal bertenaga adalah melakukan senaman secara berkala, jaga pemakanan dan mengambil suplemen vitamin.

“Selain itu, saya sentiasa memastikan mendapat tidur yang cukup dan mengawal tekanan. Alhamdulil­lah, setakat ini saya tidak mengalami sebarang penyakit sinonim dengan faktor umur seperti darah tinggi dan kencing manis berkat kesungguha­n menjaga kesihatan,” katanya yang sudah menawan beberapa gunung antaranya Gunung Irau, Gunung Angsi dan Gunung Datuk.

Menurutnya, peluang mengikuti pendakian ke Gunung Irau sememangny­a dinanti kerana mengetahui keindahan landskap hutan yang berbeza daripada tempat lain.

Selain itu katanya, persiapan rapi dari segi mental dan fizikal amat perlu sebelum mendaki gunung itu yang dianggap agak mencabar oleh sebahagian besar pendaki tegar kerana perlu berdepan cuaca tidak menentu, selain laluan berlumpur dan agak licin.

Cabaran itu bagaimanap­un katanya, hampir ‘dilupakan’ selepas menikmati keindahan gunung yang dikatakan seperti sebahagian landskap dalam filem The Lord of The Rings dan Avatar.

Bagi wanita berusia 44 tahun, Amal Farhah Mohd Ali, pendakian ke Gunung Irau antara gunung yang agak mencabar seperti beberapa gunung yang pernah didaki antaranya Gunung Ledang, Gunung Semanggol dan Gunung Datuk.

Katanya, ia seakanakan kepuasan apabila berpeluang mengikuti pendakian ke gunung itu yang sudah lama berada dalam senarai yang ingin ditawan di negara ini.

“Saya mula mendaki semasa menuntut di universiti mengikuti kelab rekreasi dan berasakan tekanan dan bebanan hilang serta terapi terbaik selepas sibuk dengan aktiviti harian dengan mendaki.

“Selain itu, banyak faedah diperoleh antaranya dapat berkumpul bersama rakan dengan minat sama, menikmati kesegaran udara di hutan belantara di samping bergambar

 ??  ?? LANDSKAP Gunung Irau yang mengagumka­n.
LANDSKAP Gunung Irau yang mengagumka­n.
 ??  ?? PENDAKI berehat di Mini Irau sebelum ke puncak.
PENDAKI berehat di Mini Irau sebelum ke puncak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia