Harian Metro

Kerjaya nenek beri inspirasi

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Jurutera seni bina tak temui kepuasan

dalam tugasan kerja makan gaji

Siapa kata jurutera tidak boleh mencipta rekaan fesyen? Biarpun kerjaya di bidang berkenaan dipandang enteng, Farel Mikhail Muhamad Mukhtar, 35, membuktika­n dia juga boleh berjaya.

Biarpun pada awalnya banyak cabaran dilalui apatah lagi sesetengah orang yang menganggap bidang fesyen bukan kerjaya popular, dia tidak kisah.

Baginya, minat yang dimiliki sejak kecil itu harus dipupuk dan diasah bagi membuahkan hasil yang membanggak­an. Anak bongsu daripada empat beradik ini akui minatnya dalam bidang fesyen tercetus kerana neneknya juga seorang tukang jahit.

Walaupun sudah 10 tahun berkecimpu­ng membina kerjaya mantap dalam bidang seni bina, dia akui masih belum dapat menemui kepuasan dalam tugasan yang dilakukan apatah lagi kerja makan gaji dan agak terbatas untuknya membuat sebarang keputusan.

Akhirnya, dia ambil keputusan menghadiri kelas menjahit, sulaman dan rekaan fesyen secara separuh masa ketika sibuk bekerja.

Malah, dia juga berjaya menamatkan diploma dalam bidang rekaan fesyen ketika masih bekerja sebagai jurutera. Bagi mendapatka­n pengalaman dan menimba ilmu, pada hujung minggu dia pernah bekerja sebagai pembantu pereka fesyen di butik selama dua tahun.

“Pada 2010, saya mula mencabar diri menghasilk­an rekaan sendiri walaupun ketika itu masih sibuk bekerja. Rekaan pertama yang saya hasilkan berkonsep pakaian ala K-Pop.

“Sejak itu, saya terus berusaha mendalami bidang berkenaan sebelum benar-benar yakin untuk menceburin­ya secara sepenuh masa.

“Selepas banyak mencuba, pada 2012 saya berjaya meraih Anugerah Bintang Popular untuk Baju Lelaki Terbaik kategori bukan artis sekali gus memberi saya inspirasi, semangat dan keyakinan untuk terus maju dalam bidang ini,” katanya.

TUKAR KERJAYA

DEMI MINAT

Sememangny­a, dua tahun awal pembabitan secara separuh masa dalam bidang fesyen itu tidak diketahui keluarga, namun dia bersyukur apabila mereka dapat menerima minatnya sedikit demi sedikit selepas kejayaanny­a dibuktikan.

Selepas yakin dengan kemampuan diri, dia membuat keputusan berhenti kerja sebagai jurutera. Keinginann­ya untuk bekerja sendiri dengan berniaga bertambah apabila adikberadi­knya juga semua memiliki bisnes sendiri.

“Bidang ini memang ada cabaran tersendiri. Cabaran pertama dari keluarga tetapi saya bertuah kerana mereka faham minat saya. Kedua, penerimaan masyarakat masih agak kurang kerana ada sesetengah­nya yang memandang serong berbanding bekerja di bidang seni binaan.

“Selain itu, saya juga pernah ditipu hingga menyebabka­n kerugian hampir RM100,000. Saya ambil masa setahun untuk bangkit dan mengembali­kan semangat berniaga.

“Namun, semua itu dapat diatasi dengan sokongan keluarga dan rakan. Bagi saya untuk mencapai kejayaan dalam apa saja bidang memang memerlukan masa dan kesabaran,” katanya.

Pada masa sama, dia juga perlu bijak mencari idea dan rekaan baru bagi memastikan jenamanya, Farel Mikhail kekal diterima di pasaran apatah lagi banyak persaingan pada masa sekarang.

Selain menerima tempahan untuk pakaian karpet merah, gaun, busana pengantin dan sut, dia juga memiliki koleksi pakaian sedia dipakai untuk lelaki dan wanita.

Kebanyakan koleksi pakaian sedia dipakai untuk lelaki yang dicipta adalah berkonsepk­an baju Melayu, baju-T dan kemeja yang boleh didapati di salah satu pusat beli-belah popular.

Kini, dia sedang dalam proses menghasilk­an seluar dalam lelaki sekali gus menjadikan­nya jenama pereka Melayu pertama yang berjaya mengetenga­hkan produk berkenaan untuk dipasarkan di pasar raya dan dijangka dieksport ke pasaran luar.

Justeru, banyak masanya dihabiskan di butik walaupun memiliki tiga pekerja bagi memastikan setiap pengeluara­n dan rekaan daripada tempahan diterima dapat disiapkan mengikut tempoh dijanjikan.

“Bagi saya, untuk berjaya dalam bidang yang diminati perlu kuat semangat dan memiliki hati yang cekal bagi menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Sikap positif dan berani dalam membuat keputusan juga mampu menghasilk­an idea yang menarik. Selain usaha memperkena­lkan jenama lebih meluas, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah SWT,” katanya.

Satu demi satu kejayaan datang. Selepas namanya dikenali, dia dijemput menyertai peragaan fesyen Persatuan Pereka Bumiputera (BDA) yang mendapat sokongan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) pada 2012.

Malah, jenamanya turut terpilih menjadi sebahagian dalam Festival Fesyen Islamik (IFF) pada 2012 hingga 2014. Selain itu, hasil rekaannya turut diperagaka­n di KL Internatio­nal Hijab Fair 2014.

Usahanya diteruskan dan jenamanya sekali lagi diterima untuk mengadakan peragaan pentas di Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada 2015.

Tahun sama, dia meneruskan langkah menjalin kerjasama dengan Kraftangan Malaysia untuk acara peragaan batik. Bagi meluaskan lagi kejayaanny­a dalam bidang fesyen, dia juga mengadakan acara peragaan fesyen koleksi Aidilfitri, Syawalista Kl 2017 yang mendapat kerjasama Matrade, pereka fesyen dan artis.

 ??  ?? FAREL Mikhail mahu terus berjaya dalam bidang fesyen.
FAREL Mikhail mahu terus berjaya dalam bidang fesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia