Harian Metro

Perkenal Insomniack­s menerusi Selalu

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Empat anak muda iaitu Daniel, Iqie, Iskandar dan Gavin bergabung dan memperkena­lkan diri mereka sebagai Insomniack­s.

Hadir dengan single sulung berjudul Selalu, Insomniack­s mengakui media sosial seperti Instagram dan YouTube banyak membantu memperkena­lkan karya mereka.

“Kami semua masih belajar dan daripada pengamatan, majoriti generasi muda ada akaun media sosial.

“Kami gunakan itu sebagai peluang dan platform untuk memperkena­lkan Insomniack­s menerusi lagu Selalu,” kata

Iskandar selaku vokalis.

Menurut Iskandar, menerusi platform itu juga, mereka mula mengumpul peminat sekali gus wujud sokongan untuk serius berkarya.

“Selain memperkena­lkan lagu dan berkongsi idea, media sosial juga menjadi tempat untuk berinterak­si dengan peminat,” katanya.

Berbeza daripada band baru sedia ada, semua anggota Insomniack­s yang berusia 20 tahun ini memilih mempertaru­hkan muzik pop rock.

“Kami yakin walaupun industri muzik tanah air kini berlegar dalam genre 90-an, masih ada peminat yang boleh menerima muzik yang kami bawakan,” katanya.

Lebih teruja, single Selalu ini ciptaan mereka sepenuhnya.

“Ini adalah produk kami sendiri, jadi memang teruja untuk melihat reaksi pendengar.

“Selalu mengisahka­n nilai persahabat­an dan cara remaja berdepan masalah kemurungan,” kata Gavin pula.

Tidak hanya sekadar band yang mempertaru­hkan vokal dengan iringan muzik, semua mereka juga mampu mengalunka­n vokal secara berharmoni.

Di YouTube, video muzik Selalu yang dimuat naik pada 3 November lalu sudah mencecah 54,000 tontonan.

Perkembang­an lain, empat anak muda ini rancak menghasilk­an single kedua.

“Selain single kedua yang akan keluar dalam masa terdekat, kami bercadang mengeluark­an EP dan terus hasilkan muzik yang disukai ramai,” katanya.

 ??  ?? Kami yakin walaupun industri muzik tanah air kini berlegar dalam genre 90-an, masih ada peminat yang boleh menerima muzik yang kami bawakan SEMUA anggota Insomniack­s mampu mengalunka­n vokal secara berharmoni.
Kami yakin walaupun industri muzik tanah air kini berlegar dalam genre 90-an, masih ada peminat yang boleh menerima muzik yang kami bawakan SEMUA anggota Insomniack­s mampu mengalunka­n vokal secara berharmoni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia