Harian Metro

Single tiga benua Imran

-

dilakukan sama rata di antara saya yang berada di Belanda, Najwa (Amerika Syarikat) dan seorang lagi rakan, Az Avex Azman atau Avex yang menetap di Australia,” katanya.

Merinding bermaksud meremang yang digambarka­n dalam satu hubungan baik antara kekasih, keluarga dan rakan dalam memupuk elemen kasih sayang.

Imran berkata, lagu ini sudah disiapkan sekitar satu setengah tahun lalu namun pelancaran lewat dilakukan kerana berdepan beberapa masalah berkaitan pengedaran lagu.

“Saya terpaksa berdepan kerenah syarikat rakaman yang menetapkan beberapa syarat yang tidak masuk akal.

“Bahkan, ada yang nak melihat hasil tontonan YouTube kami mencecah jumlah yang banyak terlebih dahulu, sebelum bersetuju mengedar single ini. Akhirnya kami ambil keputusan memasarkan single ini dengan bantuan jentera promosi SukaSucre,” katanya.

Najwa pula tidak menjadikan isu dirinya kurang dikenali daripada berhenti menghasilk­an lebih banyak karya berkualiti.

“Saya tak boleh mudah putus asa dan sentiasa berpegang dengan prinsip.

Sejak kenal Imran, dia banyak membantu serta memberikan tunjuk ajar untuk menulis lirik dalam bahasa kebangsaan.

“Saya amat gembira dengan kerjasama menerusi Sentiasa Merinding. Ia menjadi pemangkin untuk kami menghasilk­an kerjasama lain pada masa akan datang,” katanya yang dikenali dengan lagu jazz.

Video muzik Sentiasa Merinding turut dihasilkan bertemakan hitam putih arahan Zul Luey dari Luey Motion Lab.

Impian Najwa, Imran direalisas­ikan

menerusi Sentiasa Merinding

 ??  ?? Secara lahiriahny­a, melodi dan lirik single ini dilakukan sama rata di antara saya yang berada di Belanda, Najwa (Amerika Syarikat) dan seorang lagi rakan, Az Avex Azman atau Avex yang menetap di Australia
Secara lahiriahny­a, melodi dan lirik single ini dilakukan sama rata di antara saya yang berada di Belanda, Najwa (Amerika Syarikat) dan seorang lagi rakan, Az Avex Azman atau Avex yang menetap di Australia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia