Harian Metro

Bawa muzik korea lebih jauh

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Sejak K-Pop Hub dilancarka­n di platform muzik Spotify pada

2015, peminat K-Pop seluruh dunia lebih bebas mendengar lagu hit dari Korea Selatan. Menerusi seleksi lagu yang boleh didengar secara percuma di K-Pop Daebak Spotify, ia berjaya membawa genre muzik itu lebih jauh.

Tidak dinafikan, trend muzik K-Pop menguasai pasaran antarabang­sa mutakhir ini dan Spotify menyedari perkara itu dari awal lagi. Lantas, akses dibuka kepada lebih 61 negara untuk menikmati lagu dari Korea Selatan dengan lebih mudah menerusi Spotify K-Pop Hub.

Ternyata percaturan syarikat itu tepat memandangk­an tiada petanda muzik sebegitu akan merudum. Sebaliknya pengaruh artis K-Pop semakin berleluasa dan memecahkan tembok pasaran dunia.

Menurut Ketua

Pasukan Editorial dan Kandungan Spotify

Asia, Eve Tan, jumlah pendengar serta masa yang dihabiskan pelayar platform muzik itu bertambah setiap tahun.

“Selepas Gangnam Style nyanyian PSY menjadi fenomena di seluruh dunia pada 2012, K-Pop menjadi subbudaya yang sangat popular. Ditambah pula dengan kuasa media sosial, drama Korea berjaya menakluk Amerika Syarikat (AS), Amerika Latin, Eropah, dan bahagian lain dunia.

“Selepas K-Pop Hub dilancarka­n pada 2015, segala lagu baru kami perkenalka­n di platform ini untuk pendengar di Filipina, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Taiwan. Lebih 6.6 bilion pendengar sudah melayariny­a.

“Tidak ketinggala­n, jumlah pelayar bertambah 63 peratus setiap tahun,” katanya.

Dengan pencapaian itu, pastinya Spotify menjadi platform yang sangat berpengaru­h untuk muzik K-Pop. Bukan sahaja sentiasa tampil dengan lagu terkini bahkan platform itu mudah dilayari.

Berikutan kejayaan itu, Eve berkata, setakat ini belum berkesempa­tan mengadakan konsert besar-besaran untuk pengguna setia Spotify.

“Kami belum adakan konsert K-Pop Hub setakat ini namun pada 9 Ogos lalu kami mengajurka­n Spotify on Stage iaitu sebuah acara persembaha­n muzik secara langsung di sekitar Asia.

“Ia adalah inisiatif kami untuk menghubung­kan pendengar setia dengan artis popular. Ia termasuk menerbangk­an kumpulan NCT127 untuk menjayakan persembaha­n di Jakarta, Indonesia,” katanya.

Berbicara mengenai

61 negara boleh akses hiburan secara mudah menerusi Spotify K-Pop Hub

cabaran K-Pop Hub dengan kewujudan saingan platform lain, Eve mengakui teruja dengan pencapaian pihaknya setakat ini.

“Kami sangat bersyukur dengan pencapaian K-Pop Hub. Di Spotify, misi utama kami adalah terus memberikan pendengar kami akses kepada lagu K-Pop terbaik dan terkini.

“Dengan data yang disediakan juga, kami dapat memberi promosi kepada siri jelajah mahupun persembaha­n akan datang mana-mana artis. Begitu juga dengan pendengar, mereka tidak perlu menunggu lagu mana yang menjadi ‘trend’ memandangk­an boleh mendengarn­ya di Spotify K-Pop Hub,” katanya.

 ??  ?? EVE teruja dengan kejayaan Spotify K-Pop Hub.
EVE teruja dengan kejayaan Spotify K-Pop Hub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia