Harian Metro

Peristiwa selepas pembunuhan Birch

-

Tentu ramai daripada kita tahu kisah pembunuhan Residen British pertama di Perak, JWW Birch.

Pembunuhan itu dilakukan seorang pahlawan wanita bernama Wan Cik Gondah pada 2 November 1875, ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

Peristiwa ini pernah dikisahkan menerusi pementasan teater Wan Cik Gondah Serikandi Perak oleh Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak pada 2009.

Mengambil cerita dan latar yang sama,

Majlis Teater Perak (MTP) mengolah karya asal Allahyarha­m Onie Moraza dengan menghasilk­an naskhah terbaru berjudul Kesumat Di Pasir Salak arahan Anne Zahureen yang dipentaska­n di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan

Kesenian Negara Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teater olahan Ard

Omar ini dibarisi pelakon terdiri daripada aktivis teater Perak serta

Anne sendiri dan turut menampilka­n nama besar, Mior Hashim Manap yang memegang watak Datuk Maharajale­la.

Kesumat Di Pasir Salak memaparkan peristiwa selepas pembunuhan JWW Birch apabila Inggeris menawarkan ganjaran untuk menangkap Wan Cik Gondah.

Ini membuatkan segelintir penduduk yang tamak harta mencari jalan menangkap Wan

Cik Gondah bagi merebut peluang yang ditawarkan.

Set dan prop teater ini sangat sederhana tetapi paling penting, Anne cuba menekankan sikap segelintir orang Melayu yang sentiasa mencari jalan mudah mengaut keuntungan biarpun digelar pengkhiana­t.

Persembaha­n setiap pelakon wajar dipuji, manakala penampilan Mior berjaya memberikan nafas tersendiri untuk teater ini di bawah program Siri Panggung Drama 2017.

Anne berkata, teater ini dibuat sebagai pengajaran bagi menunjukka­n sikap masyarakat Melayu yang mudah berpecah-belah hanya kerana ganjaran.

“Saya nak tunjukkan di mana bermulanya perpecahan orang Melayu dan apa yang berlaku menjadi dendam kesumat berterusan.

“Ceritanya diangkat daripada naskhah lama

Kesumat Di Pasir Salak dibarisi pelakon daripada aktivis teater Perak

tetapi apabila diolah semula, ia boleh dikatakan satu karya baru. Ia pertama kali dipentaska­n kepada peminat,” katanya.

Mior pula hanya menjalani latihan singkat namun bersyukur kerana berjaya menunjukka­n lakonan yang baik.

“Minat dan keyakinan membantu saya menjiwai watak. Selama ini pun saya sentiasa berbual dengan waris Megat Terawis serta Datuk Maharajale­la dan tahu latar belakang mereka.

“Inilah yang buat saya nak cuba watak ini. Saya sempat menjalani latihan kurang seminggu dan hanya pergi ke

Perak sekali untuk buat latihan,” katanya.

Melihatkan pada set yang sederhana,

Mior menyaranka­n

Majlis Teater Perak mementaska­n teater ini di semua daerah di Perak kerana mempunyai mesej tersendiri.

 ??  ??
 ??  ?? BABAK menarik
teater ini. Minat dan keyakinan membantu saya menjiwai watak.
Selama ini pun saya sentiasa berbual dengan waris Megat Terawis dan Datuk Maharajale­la serta tahu latar belakang mereka
BABAK menarik teater ini. Minat dan keyakinan membantu saya menjiwai watak. Selama ini pun saya sentiasa berbual dengan waris Megat Terawis dan Datuk Maharajale­la serta tahu latar belakang mereka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia