Harian Metro

Naya dituduh cederakan suami

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Dikatakan pukul Dorsey pada malam sambutan Hari Kesyukuran di kediaman mereka

Bintang siri Glee, Naya Rivera ditahan di Kanawha County, West Virginia, Amerika Syarikat (AS) semalam selepas dituduh cuba mencederak­an suaminya, Ryan Dorsey.

Berita itu disahkan sendiri pihak berkuasa yang memaklumka­n aktres berusia 30 tahun itu kini menunggu untuk disoal siasat.

Menurut sebuah laporan akhbar tempatan, Naya dikatakan memukul suaminya pada malam sambutan Hari Kesyukuran di kediaman mereka.

“Pihak penyiasat memaklumka­n Naya ditahan atas kesalahan keganasan rumah tangga. Mangsa adalah suaminya dan kejadian berlaku di rumah,” petik laporan itu.

Bagaimanap­un, menurut laporan lain kejadian itu berlaku sewaktu Naya dan keluarga keluar bersiar-siar. Naya dikatakan memukul Ryan di bahagian kepala.

Bulan lalu, aktres berkenaan dilaporkan tidak mahu meneruskan permohonan cerainya terhadap Dorsey. Dia memfailkan cerai terhadap suaminya itu pada

November 2016.

Bagaimanap­un, pasangan itu berusaha memulihkan semula hubungan demi kebaikan anak lelaki mereka yang baru berusia dua tahun.

Baru-baru ini, Naya memuat naik fotonya menyambut Hari Kesyukuran bersama Ryan. Ia sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya status terkini hubungan mereka.

Sumber terdekat mengesahka­n keduaduany­a sudah kembali bersama.

“Naya sudah bersama semula dengan Dorsey. Mereka mahu berusaha memperbaik­i hubungan demi anak mereka,” katanya.

Terdahulu, Naya pernah menjalinka­n hubungan dengan Dorsey sebelum memutuskan­nya dan bertunang dengan penyanyi rap Big Sean pada 2013.

Bagaimanap­un, penyanyi itu membatalka­n perkahwina­n yang sudah dirancang dan Naya kemudian kembali bercinta dengan Dorsey.

Pasangan itu berkahwin pada 2014.

 ??  ?? NAYA popular menerusi siri Glee.
NAYA popular menerusi siri Glee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia