Harian Metro

Bersunat inspirasi Upin Ipin

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

“Lepas tonton kartun Upin dan Ipin, saya tidak lagi gentar bersunat malah semakin tidak sabar kerana ia adalah proses normal untuk menjadi lelaki dewasa.”

Itu kata Ahmad Samizan Fikri Shamsul Nazri, 8, peserta Program Khatan Perdana di Masjid Darul Hikmah Tanjung Lumpur, semalam, yang mengakui sedutan babak kartun animasi popular memaparkan Upin dan Ipin berkhatan menjadi inspirasi buat dirinya untuk turut berkhatan pada usia muda.

Dia yang menunjukka­n aksi bersahaja sementara menanti giliran dikhatanka­n turut mencuit tumpuan ibu bapa yang hadir kerana tidak menunjukka­n reaksi berdebar mahupun cemas seperti kanak-kanak seusianya.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, sebelum ini dia sering dimomokkan dengan kisah berkhatan yang menyakitka­n, sekali

 Peserta khatan pamer aksi bersahaja sambil tunggu giliran

gus menyebabka­n dia tidak yakin untuk menjalani proses itu.

“Selepas menonton Upin Ipin, saya segera beritahu ibu untuk bersunat dan reaksi ibu pada waktu itu sungguh terkejut. Saya cakap dengan ibu saya nak sunat sebab bila sunat boleh solat dalam saf orang dewasa.

“Saya dapat tahu rasa sakit sekejap saja lepas tu hilang, doktor cucuk ubat bius jadi tak rasa sangat,” katanya di perkaranga­n Masjid Darul Hikmah Tanjung Lumpur, semalam.

Majlis terbabit disempurna­kan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuantan Datuk Seri Abd Hamid Ahmad Nazahar.

Ahmad antara 50 peserta sekitar Tanjung Lumpur yang menyertai program berkenaan sempena cuti sekolah yang bermula kelmarin.

Sementara itu, Abd Hamid berkata, program tahunan berkenaan bertujuan mengisi waktu cuti persekolah­an dengan aktiviti berfaedah.

Sambutan yang diterima sangat menggalakk­an dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

 ??  ?? ABDUL Hamid (tengah) bersama peserta Program Khatan Perdana di Masjid Darul Hikmah Tanjung Lumpur.
ABDUL Hamid (tengah) bersama peserta Program Khatan Perdana di Masjid Darul Hikmah Tanjung Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia