Harian Metro

200 masuk Jawi cuti sekolah

-

Kulim: Seramai 200 kanak-kanak berusia enam sehingga 12 tahun menyertai Program Berkhatan Perdana Parlimen Kulim/Bandar Baharu membabitka­n dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kulim dan Bandar Baharu bermula semalam hingga hari ini.

Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, setiap DUN disertai 100 peserta yang diadakan di Dewan Kampung Lindungan Raja, Mukim Sedim dan Dewan Keda Sungai Buluh, Mukim Sungai Batu.

“Program berkhatan itu adalah acara tahunan yang mana setiap tahun diadakan bagi meringanka­n bebanan keluarga menampung kos berkhatan yang agak tinggi.

“Program ini mampu mengeratka­n hubungan antara pemimpin setempat dan penduduk,” katanya ketika majlis perasmian Berkhatan Perdana Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di Dewan Kampung Lindungan Raja, Mukim Sedim, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Chua Teong Ghee dan pemimpin setempat.

Peserta berkhatan, Mior Adam Kushairi Mior Ahmad Sarifudin berusia lapan tahun tidak berasa gentar untuk dikhatanka­n kerana dia ingin menjadi orang dewasa.

Bapanya Mior Ahmad Sarifudin Jamaludin,32, berkata, anaknya itu tidak berasa takut, malah seronok untuk menyertai program ini bersama dengan rakan lain.

“Beberapa hari sebelum program ini saya ada bertanya kepada anak sama ada ingin berkhatan atau tidak pada tahun ini serta menerangka­n mengenai berkhatan serta usianya yang sudah sesuai.

“Namun, jawapan diterima daripada anak adalah dia tidak takut dan tidak sabar untuk menyertai program ini bersama dengan rakan kampung, serta ingin menjadi orang dewasa,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada peserta Program Berkhatan Perdana Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di Dewan Kampung Lindungan Raja, Sedim,semalam.
SEBAHAGIAN daripada peserta Program Berkhatan Perdana Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di Dewan Kampung Lindungan Raja, Sedim,semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia