Harian Metro

Bapa Internet

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Dr Mohamed berpengala­man 30 tahun dalam IT

“Rakyat negara ini lebih suka menggunaka­n Internet untuk berhubung antara satu sama lain malah dari segi pengguna media sosial, kita yang ramai dan terkehadap­an,” kata Dr Mohamed Awang Lah yang berpengala­man lebih 30 tahun dalam Internet.

Namun katanya, dari satu aspek ia mungkin terkait dengan budaya suka cakap belakang, mengeluark­an pelbagai cerita termasuk mencaci, mengumpat dan memfitnah malahan menjadikan media sosial sebagai plat form lepak serta senda gurau semata-mata.

“Apabila di depan tak berapa cakap tapi di belakang, tak kenal muka, macam-macam cerita keluar. Jika baca dalam Facebook, macam-macam ada. Ejaan pun ringkas sehingga susah hendak baca. Budaya kita sudah jadi kelam-kabut.

“Tengok pada WhatsApp, daya kita untuk menyampaik­an idea tidak jelas. Kita tidak begitu serius menulis secara lengkap untuk menyampaik­an cerita penuh. Kita ambil sini sedikit, sana sedikit dan orang tidak faham. Inilah budaya kita,” katanya dalam satu temu bual bersama Harian Metro.

Dr Mohamed, 64, kini yang menerajui Neutral Transmissi­on Malaysia Sdn Bhd adalah pengasas Internet Malaysia. Beliau adalah individu yang bertanggun­gjawab melaksanak­an sistem e-mel dan pengurus pertama domain negara.my.

Justeru, dengan sumbangan besar dan jasanya itu, beliau juga dirujuk sebagai Bapa Internet Malaysia. Semuanya bermula dengan minat beliau dalam bidang elektronik di alam persekolah­an.

Beliau yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, memiliki Ijazah Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik Kelas Pertama dan Doktor Falsafah dalam bidang sama dari King’s College University of London.

Selain itu, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Teknologi Maklumat dan Komunikasi daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2006 dan pada 2009 Ijazah Kehormat Doktor Teknologi Maklumat daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Beliau pernah berkhidmat dengan Lembaga Letrik Negara (LLN) selama sebulan, kemudian pada 1980 hingga 1984 sebagai pensyarah dan Timbalan Dekan di Fakulti Kejurutera­an Universiti Malaya (UM).

Eksperimen mengenai Internet mula dilakukann­ya pada 1983 sewaktu di UM. Usaha lebih serius dilakukan pada 1985 iaitu selepas beliau bertukar kerjaya sebagai Pengarah Bahagian Sistem Komputer di MIMOS.

Pada 1986, beliau berjaya membangunk­an perkhidmat­an Internet pertama dengan nama RangKoM, singkatan kepada Rangkaian Komputer Malaysia. Seterusnya pada 1992, perkhidmat­an JARING dilancarka­n.

Beliau diminta untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu pada 2002 hingga 2010. Perkhidmat­an JARING bagaimanap­un ditamatkan pada 2015.

Ditanya reaksi beliau terhadap penamatan syarikat itu, katanya, dari segi perkhidmat­an Internet tiada masalah kerana ada banyak syarikat lain yang menyediaka­nnya. “Cuma kesan dari segi sejarah rasa terkilan sedikit. Sebab nampaknya unsur sejarah tidak dinilai. Memang kita ada rancangan untuk mengembang­kan JARING. Sebelum saya bersara dulu pun memang ada rancangan,” katanya.

Bercerita mengenai Internet hari ini, Dr Mohamed berkata, ia membabitka­n banyak perspektif, bermula dengan satu teknologi kepada perkhidmat­an dan sekarang menjadi komuniti pengguna.

 ??  ?? DR Mohamed (kiri) selepas memenangi piala Cyber Security Lifetime Achievemen­t pada Malaysia Cyber Security Awards 2017.
DR Mohamed (kiri) selepas memenangi piala Cyber Security Lifetime Achievemen­t pada Malaysia Cyber Security Awards 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia