Harian Metro

Berdiam diri 61,057 saman

- Izlaily Nurul Ain Hussein am@hmetro.com.my

 Majoriti pemilik kenderaan Singapura liat bayar kompaun trafik

Sebanyak 61,057 saman trafik membabitka­n warga asing masih belum dijelaskan sejak 2014 hingga semalam.

Malah majoriti 37,506 daripada jumlah itu membabitka­n kenderaan bernombor pendaftara­n Singapura.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansur berkata, jumlah saman yang masih belum dijelaskan pemandu warga asing itu bagaimanap­un diyakini dapat dikurangka­n dengan pelaksanaa­n Op Saman Tertunggak Waraganega­ra Asing (OSTWA) yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, sejak pelaksanaa­n operasi itu, pihaknya mendapati sikap pemandu warga asing semakin baik dan memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang jalan raya di negara ini dan melunaskan saman tertunggak.

“Kami melihat ada perubahan ditunjukka­n pemandu warga asing ini. Oleh sebab itu, kami harap dengan OSTWA yang dijalankan ini dapat menyedarka­n mereka untuk mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia.

“Soal membayar saman ini, bagi kami ia adalah sikap pemandu warga asing itu sendiri yang melengahka­n pembayaran saman sedangkan pelbagai kaedah pembayaran disediakan.

“Mereka boleh membuat pemeriksaa­n dan pembayaran menerusi dalam talian atau di semua cawangan trafik, malah sebagai contoh di Singapura, terdapat 900 kios yang disediakan dan boleh digunakan mereka untuk membayar saman,” katanya ketika sidang media OSTWA Kelapan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan di sini, semalam.

Beliau berkata, kesalahan yang paling banyak dilakukan pemandu warga asing adalah memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Dari tempoh 2014 hingga semalam, sebanyak 81,708 saman direkodkan yang membabitka­n warga asing di seluruh negara iaitu 50,616 saman membabitka­n warga Singapura dengan pelbagai kesalahan trafik.

Sharul Othman berkata, daripada jumlah itu, 20,651 saman sudah dijelaskan termasuk 13,110 membabitka­n warga Singapura.

Katanya, OSTWA sudah dilaksanak­an empat kali di Johor dan turut dijalankan di Perlis, Kedah, Kelantan dan Sarawak membabitka­n sempadan atau pintu keluar masuk warga asing ke negara ini.

 ??  ?? ANGGOTA trafik memeriksa saman tertunggak pemandu.
ANGGOTA trafik memeriksa saman tertunggak pemandu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia