Harian Metro

Lelaki dakwa isteri dilarikan polis

-

Ipoh: Seorang lelaki mendakwa isterinya diganggu sebelum dilarikan seorang anggota polis sejak Oktober lalu dan hingga kini gagal dikesan.

Lelaki yang ingin dikenali sebagai Azam, 34, berkata isterinya dengan nama panggilan Lily, 31, sudah tidak pulang ke rumah sejak 20 Oktober lalu.

Menurutnya, isterinya keluar dari kedai mereka di Kampung Dew, Simpang Empat, Semanggol dekat sini bersama anak perempuann­ya berusia lapan tahun.

“Dua hari kemudian isteri meninggalk­an anak di rumah kakaknya di Hutan Melintang, Bagan Datuk dan hingga kini dia gagal dikesan.

“Saya khuatir keselamata­nnya dan lebih penting anak tunggal kami merinduiny­a,” katanya, di sini semalam.

Azam berkata, dia membuat laporan terhadap anggota polis berpangkat Sarjan Mejar berkenaan pada Ogos lalu kerana sering mengganggu isterinya melalui telefon.

“Hingga kini sudah 12 laporan saya buat mengenai polis berkenaan, namun buntu kerana isteri masih tidak dapat dikesan dan memaksa saya menularkan kes ini di media sosial.

“Saya sayangkan rumah tangga dan ingin menyelamat­kannya seboleh mungkin dan jika benar kami tiada lagi jodoh, saya mahu menyelesai­kannya secara baik di pejabat agama,” katanya.

Menurutnya, dia difahamkan isterinya juga ada membuat laporan polis mendakwa dia sering memukulnya ketika berselisih faham dan dia menafikan perkara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia