Harian Metro

Sedia sumber sahih

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 Pemimpin G2G perlu ada jaringan media sosial boleh dipercayai

Pemimpin negara Islam ASEAN perlu mempunyai satu jaringan media sosial yang boleh dipercayai bukan saja di peringkat antara kerajaan (G2G) bahkan dalam kalangan rakyat akar umbi mendapatka­n kesahihan berita yang diterima.

Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ketika ini, rakyat negara berkenaan sukar mendapatka­n kesahihan berkenaan insiden yang tersebar di media sosial yang boleh memberi kesan buruk kepada negara dan masyarakat.

“Saya melihat jaringan itu belum begitu mantap atau mungkin hanya di peringkat G2G, tetapi di peringkat bawah

(rakyat) kita tercari-cari dari sumber sahih untuk mengesahka­n kebenaran berita itu.

“Jangan macam sekarang, bila kita terima maklumat insiden di Mesir (tunjuk perasaan) di Dataran Tahrir dan sebagainya, susah rakyat nak bezakan sama ada ia betul atau tidak.

“Kejadian yang berlaku di Qatar umpamanya, bila terima kita dari sumber media sosial ia mungkin palsu. Sebab itu bila kita ada jaringan media sosial yang baik, kita boleh tengok macam mana hendak bertindak balas antara negara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi salah seorang panel pada Persidanga­n Khayr Ummah 2017 (KUC 2017) bertemakan

di Interconti­nental Hotel Kuala Lumpur, di sini, semalam. Kuala Lumpur: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan melancarka­n buku panduan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) khas untuk sekolah tahfiz Januari depan.

Pengerusin­ya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, buku panduan itu antara lain akan memberi pendedahan mengenai perkara asas berkaitan KKP, program pembanguna­n kesedaran KKP di sekolah tahfiz dan cara melaksanak­annya secara berterusan.

Beliau berkata, perkara itu turut dimaklumka­n pada mesyuarat kedua Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi (HLC) Pasukan Petugas Khas Sekolah Tahfiz yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jumaat lalu.

“Sebelum ini, NIOSH mengadakan seminar pengurusan KKP untuk sekolah tahfiz Selangor di Bandar Baru Bangi, 30 Oktober lalu dengan kerjasama Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PINTA Selangor).

“Ia dihadiri 100 pengusaha dan pentadbir tahfiz,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Lee berkata, pasukan khas NIOSH sudah melawat lima kategori sekolah tahfiz yang mewakili pelbagai pelajar serta status mereka sama ada milik kerajaan, swasta atau persendiri­an.

“Maklumat terkumpul itu digunakan untuk menyediaka­n buku panduan KKP bagi sekolah tahfiz dengan kerjasama pakar bidang berkaitan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA peserta yang hadir pada Persidanga­n Khayr Ummah 2017, semalam.
ANTARA peserta yang hadir pada Persidanga­n Khayr Ummah 2017, semalam.
 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia