Harian Metro

Muatan ‘tercicir’

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Seorang pemandu treler panik apabila gegelung besi seberat lebih 10 tan dibawanya ‘tercicir’ di atas jalanraya.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi semalam, gegelung besi itu dikatakan terjatuh ketika treler yang mengangkut­nya melalui bulatan Cheras dari arah Kajang di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, kejadian berlaku ketika treler itu memasuki terowong di bulatan berkenaan sebelum terjatuh ke bahagian kiri laluan.

Katanya, tiada laporan kecederaan atau kerosakan dilaporkan berikutan gegelung besi itu tersekat antara treler yang berada di bahagian kanan dan dinding terowong di bahagian kiri.

“Ketika kejadian, terdapat pengguna jalan raya mengekori treler berkenaan namun bernasib baik kerana gegelung besi itu tidak bergolek dan tersekat antara treler dan dinding terowong.

“Namun, kejadian itu menyebabka­n kesesakan teruk di bulatan Cheras terutamany­a laluan dari arah

 Gegelung besi dibawa treler terjatuh di bulatan Cheras

Kajang kerana ia menghalang perjalanan,” katanya.

Menurut Abdul Ghani, kerja mengangkat dan mengalihka­n gegelung besi itu hanya dilakukan pada jam 12 tengah hari sebaik sebuah kren dibawa dari Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya, aliran trafik di laluan berkenaan bergerak lancar sekitar jam 2 petang sebaik gegelung besi itu berjaya dimuatkan semula ke atas treler berkenaan.

 ??  ?? KEADAAN treler yang membawa muatan gegelung besi yang terjatuh.
KEADAAN treler yang membawa muatan gegelung besi yang terjatuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia