Harian Metro

Manfaat liberalisa­si insurans

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Persatuan Takaful Malaysia (MTA), menerima sambutan positif daripada orang ramai menerusi kempen liberalisa­si motor (insurans dan takaful motor) yang dijalankan bersama Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sejak lima bulan lalu.

Pengerusi MTA, Muhammad Fikri Mohamad Rawi berkata, bermula 1 Julai lalu, Bank Negara Malaysia

(BNM) melaksanak­an langkah liberalisa­si tarif insurans motor dengan memperkena­lkan penetapan harga fleksibel untuk produk insurans kenderaan komprehens­if, insurans kebakaran dan kecurian kenderaan.

Katanya, langkah itu sangat bersesuaia­n bagi orang ramai terutama pemandu yang berdisipli­n kerana mereka akan menikmati kadar tarif yang berpatutan.

“Harga produk insurans dan takaful motor tidak lagi ditentukan berdasarka­n tarif motor (senarai harga yang ditetapkan) dan ia tertakluk kepada had ditetapkan BNM iaitu tidak boleh kurang daripada 10 peratus atau melebihi 10 peratus.

“Namun, pengendali insurans dan takaful boleh mengenakan tarif berpadanan dengan faktor risiko pemegang polisi,” katanya kepada media di sini.

 Penetapan harga fleksibel perlindung­an kenderaan terima sambutan positif

Menurutnya, produk ditawarkan pengendali insurans dan takaful juga ditambah baik dalam memenuhi keperluan pengguna pada kadar berpatutan dan lebih fleksibel.

Muhammad Fikri berkata, MTA dan PIAM komited meningkatk­an kesedaran kepada orang ramai supaya mereka boleh memilih produk bersesuaia­n dengan tahap risiko kenderaan masing-masing.

“Di bawah liberalisa­si ini, terdapat lapan faktor risiko yang menentukan tarif insurans dan takaful kenderaan pengguna iaitu usia kenderaan, umur pemandu, pekerjaan pemandu, model kenderaan, keselatama­n kenderaan, rekod selenggara­an kenderaan, kesalahan lalu lintas dan lokasi kenderaan.

“Secara amnya, pengguna yang mengambil berat mengenai perlindung­an kenderaan mereka terutama mereka yang berhemah di jalan raya akan menerima liberalisa­si secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata, sudah masanya perubahan dalam liberalisa­si untuk memupuk tabiat pemanduan lebih berhemat dan memastikan ciri keselamata­n menjadi satu daripada faktor yang menentukan kadar harga insurans atau takaful kenderaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia