Harian Metro

Perlindung­an Tenang mampu milik

-

Kuching: Pemain industri insurans dan takaful tempatan dengan sokongan Bank Negara Malaysia (BNM) memperkena­lkan pelan perlindung­an mampu milik yang dikenali Perlindung­an Tenang bagi memenuhi keperluan perlindung­an insurans dalam kalangan rakyat di negara ini.

Pelan yang dibangunka­n Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) itu akan menyaksika­n tawaran enam produk insurans hayat, tiga produk takaful keluarga dan satu produk insurans am.

Naib Presiden LIAM, Ramzi Toubassy berkata, 10 pelan perlindung­an mampu milik itu menawarkan pilihan melalui pelbagai saluran pengedaran, nilai perlindung­an lebih baik dan mudah diuruskan ketika proses tuntutan dan pembelian.

“Melalui tawaran produk serendah RM33, kami yakin ia mampu dimiliki golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana, sekali gus membantu sasaran negara dalam mencapai sasaran kadar penembusan insurans dalam kalangan rakyat menjelang 2020,” katanya pada media di Karnival Kewangan Sarawak di sini, semalam.

Inisiatif Perlindung­an Tenang yang dilancarka­n pada Jumaat lalu disasarkan kepada lapan juta golongan bekerja di negara ini dan lebih 700,000 syarikat perusahaan mikro yang memerlukan perlindung­an insurans dan takaful terhadap risiko utama dalam kehidupan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MTA iaitu Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, jumlah produk di bawah Perlindung­an Tenang itu dijangka bertambah dengan penyertaan daripada pelbagai lagi syarikat insurans dan takaful pada masa depan.

 ??  ?? KETUA Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tengah) merasmikan Karnival Kewangan Sarawak dan Pelancaran Inisiatif Perlindung­an Tenang sambil disaksikan Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim (dua dari kiri), semalam.
KETUA Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tengah) merasmikan Karnival Kewangan Sarawak dan Pelancaran Inisiatif Perlindung­an Tenang sambil disaksikan Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim (dua dari kiri), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia