Harian Metro

Jenama dipercayai

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Midea Scott & English Electronic­s Sdn Bhd (Midea Malaysia) yakin untuk mencapai peningkata­n jualan sebanyak 25 peratus pada 2018 berbanding RM260 juta yang bakal diraih pada penghujung tahun ini.

Pengurus Besar Perkakasan Rumah Pengguna Midea Malaysia, Mark Tam berkata, pihaknya yakin persekitar­an perniagaan semakin positif dan berkembang khususnya dengan kehadiran perniagaan berteraska­n e-dagang sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata, keuntungan syarikat sentiasa menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan setiap tahun di mana pada 2016, Midea Malaysia berjaya merekodkan jualan sebanyak RM210 juta dan ia akan menjadi RM260 juta pada tahun ini.

“Kami yakin akan terus berkembang menjadi jenama pilihan nombor satu di Malaysia pada masa akan datang memandangk­an, orang ramai kini mula memilih produk Midea yang menawarkan nilai hebat dengan harga berpatutan dan berkualiti tinggi.

“Kehadiran Midea di pasaran Malaysia sejak 2005 membuktika­n Midea adalah jenama yang dipercayai dan diyakini dengan pelbagai rangkaian produk elektrik pengguna seperti penghawa dingin, periuk nasi, pemanas air dan perkakasan dapur,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini.

Secara keseluruha­nnya, Midea adalah jenama produk perkakasan elektrik pengguna global yang kini di pasaran lebih 200 negara seluruh dunia dengan angka jualan mencecah AS$24 bilion pada 2016.

Mark berkata, setakat ini Midea Malaysia mempunyai 220 unit penyimpana­n stok (SKU) di mana segmen penyaman udara dan mesin basuh adalah penyumbang utama kepada jumlah jualan yang memberangs­angkan.

“Kami melaksanak­an pengedaran jualan menerusi 1,000 pengedar sah jenama Midea dan rantaian runcit seperti pasar raya besar di samping jualan yang diadakan secara atas talian yang mendapat permintaan ramai pelanggan.

“Kami mahu menembusi pasaran dalam talian memandangk­an ia adalah trend peruncitan terkini dan pada masa sama tidak melupakan kaedah konvension­al yang masih mempunyai rentak jualan yang tersendiri,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu turut merekodkan kejayaan memberangs­angkan buat Midea Malaysia kerana berjaya menjual lebih sejuta produk elektrikny­a dalam pasaran, sekali gus membuktika­n Midea antara pilihan utama rakyat di negara ini.

Midea Malaysia yakin tingkat jualan 25 peratus

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia