Harian Metro

10 TAHUN BAWAH TANAH

- Agensi

 Wanita Romania diselamatk­an selepas terseksa jadi hamba majikan sehingga lahir dua anak

Polis Itali menyelamat­kan seorang wanita Romania yang hidup dalam penderitaa­n apabila dikurung serta diseksa selama 10 tahun di sebuah bilik bawah tanah berhampira­n bandar Gizzeria, selatan Itali.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dikatakan tiba di Itali ketika berusia 19 tahun untuk menjaga seorang wanita warga emas, lapor akhbar tempatan, La Repubblica.

Bagaimanap­un, sejak kematian jagaannya itu, anak lelaki warga emas berkenaan mula mendera mangsa yang kemudian dikurung di beberapa apartmen sebelum dibawa ke bilik bawah tanah itu.

Mangsa dirantai pada katilnya selain dirogol berkali-kali oleh suspek yang kini berusia 50 tahun sehingga mempunyai dua anak berusia tiga dan sembilan tahun, kata pihak berkuasa.

Suspek turut memaksa anak lelaki berusia sembilan tahun itu menyeksa mangsa.

Kejadian itu berjaya dikesan selepas polis melihat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke sekolah dalam keadaan tidak terurus sebelum melawat rumah mereka.

Gambar yang didedahkan polis di media sosial menunjukka­n keadaan bilik bawah tanah tempat mangsa dikurung yang dipenuhi sampah, kotak buruk selain makanan luput tarikh serta roti berkulat.

Selain itu, tempat tidur mangsa juga hanya dibuat daripada kotak buruk manakala sebuah tong sampah dijadikan tempat membuang air.

Mangsa diseksa setiap hari dengan ditumbuk selain luka akibat kecederaan daripada tali pancing namun langsung tidak diberikan sebarang rawatan.

“Lelaki terbabit didakwa atas kesalahan menganiaya keluarga, perhambaan dan keganasan seksual,” kata polis.

 ??  ?? LALUAN turun ke bilik bawah tanah tempat wanita terbabit dikurung selama 10 tahun. - Agensi
LALUAN turun ke bilik bawah tanah tempat wanita terbabit dikurung selama 10 tahun. - Agensi
 ??  ?? POLIS memeriksa
‘katil’ yang diperbuat daripada
kotak. - Agensi
POLIS memeriksa ‘katil’ yang diperbuat daripada kotak. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia