Harian Metro

Kejutan Liu Ying, Tang Jie

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kali pertama menyertai kejohanan selepas enam bulan berehat dan berganding­an bersama pemain muda, Chen Tang Jie tidak menghalang Goh Liu Ying untuk merangkul kejuaraan Siri Antarabang­sa India selepas menumpaska­n pasangan tuan rumah, Rohan Kapoor-Kuhoo Garg dalam perlawanan akhir semalam.

Bagaimanap­un, Liu Ying yang baru sembuh dari kecederaan bahu dan terpaksa menjalani pembedahan di Jerman, mengakui masih banyak lagi perlu diperbaiki walaupun dia dan Tang Jie berjaya mencatat kemenangan straight set, 21-19, 21-13 di Akademi Pullela Gopichand, Hyderabad.

Menurut pemain kelahiran Melaka itu, perlawanan menentang Rohan-Kuhoo tidak begitu sukar namun mereka tidak boleh cepat mendabik dada.

“Kita perlu memperbaik­i lagi persefaham­an dan hari ini Tang Jie nampak sedikit gementar mungkin kerana kali pertama berganding­an bersama saya di kejohanan antarabang­sa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Liu Ying yang memenangi perak di Sukan Olimpik Rio 2016 ketika berganding­an bersama Chan Peng Soon juga mengakui rakan segandinga­nnya itu masih lagi keliru dengan strategi permainan dan kurang yakin.

“Dalam masa yang sama walaupun ini kejohanan kecil tapi saya perlu belajar bagaimana untuk membimbing Tang Jie. Dia juga perlu ada keyakinan untuk berdepan pemain lawan.

“Selepas ini kami harap dapat terus mempamerka­n aksi terbaik di Cabaran Antarabang­sa India (29 November-3 Disember). Saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran kerana ia akan memberikan tekanan kepada Tang Jie,” kata Liu Ying.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia