Harian Metro

Zulaika miliki potensi besar

-

Kuala Lumpur: Kejayaan Siti Zulaika Hussin dinobatkan selaku pemain harapan edisi kedua Piala Razak yang melabuhkan tirainya semalam, harus membuka mata pengendali skuad hoki wanita negara Dhaarma Raj Abdullah.

Biarpun usianya baharu mencecah 16 tahun, Zulaika yang membantu Pahang muncul naib juara Piala Razak jelas tangkas dan berani apabila berdepan pemain yang bertubuh lebih besar daripadany­a.

Malah, persembaha­n konsisten penyerang yang berketingg­ian 148 sentimeter itu turut mendapat pujian jurulatih Pahang, Ashraf Benedict yang berharap bakat besar dimiliki pemain itu mampu memikat Dhaarma.

“Zulaika begitu menyerlah pada kejohanan ini dan bagi saya dia amat berpotensi besar untuk digilap menjadi pemain yang bagus.

“Jangan sia-siakan bakatnya begitu saja. Dengan pendedahan secukupnya, saya yakin dia mampu menyinar selepas ini, cuma kena tingkatkan beberapa aspek permainan lagi” kata Ashraf selepas tamat aksi final.

Walaupun gagal meledak ketika Pahang tumbang 2-5 kepada Selangor dalam aksi final malam tadi, Zulaika tetap muncul penyumbang gol ketika Pahang mengatasi Indonesia 4-0 dan Perak 2-0 dalam aksi kumpulan.

Menariknya, penuntut di Sekolah Sukan Pahang (SSP) SMK Seberang Temerloh itu pada asalnya diserap ke sekolah itu atas tiket sukan bola lisut, bukannya hoki.

“Secara jujurnya dia pada awalnya bukan pemain hoki, tapi mula berjinak dalam sukan hoki disebabkan ramai rakannya yang bermain hoki.

“Dan hanya dalam tempoh tiga tahun dia cepat belajar untuk menguasai permainan hoki dan kini sudahpun mewakili Pahang di Piala Razak yang juga pentas bagi pemain senior,” kata Ashraf.

 ??  ?? SITI Zulaika (kiri) pamer aksi tangkas dan berani ketika menentang Selangor pada aksi final, semalam.
SITI Zulaika (kiri) pamer aksi tangkas dan berani ketika menentang Selangor pada aksi final, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia