Harian Metro

Hafizh gegar Sepang

- Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

 Rangkul gelaran Kejuaraan Superbike Malaysia selepas atasi cabaran sengit lawan

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Shahrin Abdullah membuktika­n kehebatann­ya dengan merangkul gelaran Kejuaraan Superbike Malaysia 2017 selepas mencatat masa 26:11.802 di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.

Hafizh yang menunggang jentera Kawasaki ZX10R bernombor 5, muncul juara selepas berjaya mengatasi saingan sengit pelumba India dari pasukan Chia PJ Kawasaki, K Rajini Krishnan dengan catatan masa 26:35.525 manakala rakan sepasukann­ya dari HKM Times Bike Racing Team, Mohd Farid Badrul Hisam berada di tempat ketiga.

Bagaimanap­un, ia bukan kemenangan mudah buat Hafizh yang mengalami pelbagai

(gambar)

masalah sistem gear terutama ketika pelumbaan masih berbaki lapan pusingan sehingga menyebab Farid berjaya memotongny­a.

Hafizh kemudian berjaya memintas semula rakan sepasukann­ya itu di pusingan kesembilan dan terus mendahului sehingga ke garisan penamat.

“Selepas berjaya memotong

Farid saya gunakan teknik yang sering digunakan ketika berlumba di Moto2 dan berjaya mencapai kelajuan dikehendak­i biarpun keacatatan daan litar kurang baik hari ini kerana ada tumpuhan minyak di selekoh keenam.

“Apa pun saya berpuas hati dengan pencapaian dan masa setiap pusingan yang disasarkan sebelum perlumbaan bermula,” katanya yang bakal menamatkan zaman bujang dengan mengahwini gadis Pantai Timur pilihannya, Nor Suzana Abdul Manap, pada 16 Disember depan.

Dalam pada itu Hafizh juga mengesahka­n bahawa beliau bakal berlumba dengan pasukan SIC Racing Teams pada musim 2018 nanti.

“Saya akan cuba terbaik dengan pasukan baharu dan tidak sabar untuk menguji keupayaan jentera baru nanti.

“Saya yakin jentera baharu ini mampu pergi lebih laju kerana casisnya lebih bagus dari edisi 2017,” katanya.

Hafizh berharap akan lebih bersemanga­t untuk memenangi perlumbaan pada tahun depan dengan kehadiran dan sokongan isterinya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia