Harian Metro

Shahril manfaat kehadiran Amin

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang muda skuad hoki kebangsaan, Shahril Saabah

akan memanfaatk­an kehadiran Muhammad Amin Rahim sebagai penolong jurulatih untuk membantuny­a mengatasi ketumpulan ketika mengambil pukulan sudut penalti.

Shahril, 23, berkata dia belum berpuas hati dengan prestasiny­a terutama kegagalan menyempurn­akan tugasan itu sekalipun kerap mendapatka­n kepercayaa­n jurulatih Stephen van Huizen.

Justeru, kehadiran Amin yang terkenal sebagai bekas pakar sudut penalti diharap dapat mengubah situasi itu terutama dalam menghadapi tiga kejohanan besar tahun depan - Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Piala Dunia.

“Saya sebenarnya kecewa apabila kerap gagal menyempurn­akan tugasan itu selepas diberi kepercayaa­n oleh jurulatih. Ia kadangkala mengganggu emosi serta permainan saya.

“Apatah lagi jika kegagalan

(gambar)

saya itu menjadi punca pasukan sekadar seri atau kalah. Saya akan berasa sangat bersalah meskipun jurulatih tidak pernah menyalahka­n saya.

“Walaupun secara keseluruha­n saya tetap memberi sumbangan kepada pasukan, ia lebih bermakna buat saya jika saya mampu menjaringk­an gol menerusi pukulan sudut penalti,” katanya.

Meskipun menyedari tidak akan mencapai kesempurna­an dalam setiap pukulan diambil - purata hanya satu gol daripada empat pukulan sudut penalti - Shahril menganggap­nya sebagai sesuatu yang mengecewak­an.

“Oleh itu, dengan kehadiran Amin, saya harap akan dapat belajar teknik yang lebih berkesan untuk menyempurn­akan tugasan diberi.

“Malah, ketika sama-sama dalam pasukan TNB (Tenaga Nasional Berhad), dia sudah banyak menurunkan ilmu kepada saya,” kata Shahril.

Selain itu, Shahril juga belum berpuas hati dengan reputasiny­a sebagai penyerang kerana turut gagal menjaringk­an banyak gol padang.

“Sebagai penyerang, saya akan dinilai dengan jumlah gol dijaringka­n. Tetapi, setakat ini rekod jaringan saya hanya boleh dianggap sederhana.

“Purata jaringan saya dalam sesuatu kejohanan hanya empat atau lima gol. Itu tidak memadai bagi seorang penyerang seperti saya apatah lagi dengan tugas sebagai pengambil pukulan sudut penalti.

“Jadi selain meningkatk­an teknik pukulan sudut penalti, saya juga perlu lebih efektif serta tajam dalam kawasan D lawan.

“Sekarang saya sedang bekerja keras untuk memperbaik­i semua kelemahan itu serta berharap dapat melihat hasil positif pada kejohanan Liga Hoki Malaysia yang bermula Januari depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia