Harian Metro

Senior baik budi

- Amrullah Abdul Karim am@hmetro.com.my

Tiga pelumba lepasan Institut Kemahiran Mara (IKM) yang dikenali sebagai EX IKM antara pasukan yang akan mengambil bahagian dalam Harian Metro MTB Grand Prix 2017 (HM MTBGP) di Sungai Buaya, Sabtu depan.

Tidak meletakkan sebarang sasaran kemenangan sebaliknya hanya mahu meneruskan amalan kebiasaan mereka bagi membantu pelumba lain dalam setiap perlumbaan disertai.

Ketua pasukannya, Azhar Yunus, 45, berkata, EX IKM kebanyakan­nya dianggotai bekas pelajar IKM dari Selangor, Johor, Perak serta Perlis dan mula aktif dalam sukan berbasikal lasak sejak empat tahun lalu.

“Untuk HMMTBGP ini kami hantar tiga peserta bagi kategori senior lelaki.

“Kami akan berkayuh santai tapi tetap mahu meletakkan diri pada kedudukan 50 peserta terawal yang menamatkan perlumbaan,” katanya.

Azhar berkata, seperti biasa mereka akan datang ke gelanggang perlumbaan dengan kelengkapa­n peralatan bantuan kecemasan bagi kegunaan sendiri dan pelumba lain yang memerlukan.

Menurutnya, mereka tidak pernah meninggalk­an atau membiarkan pelumba lain yang cedera atau yang perlukan bantuan di sepanjang kejohanan yang disertainy­a.

“Cara saya bila menyertai mana-mana perlumbaan

 Bekas pelajar IKM tak kisah bantu lawan

MTB pasti akan bawa kelengkapa­n pertolonga­n cemas antaranya spray dan minyak panas.

“Termasukla­h pam dan tiub bagi kegunaan mana-mana pelumba yang mengalami masalah tayar,” katanya.

Katanya, dari segi stamina mereka boleh dianggap sangat bersedia kerana tidak pernah terlepas daripada menyertai acara kayuhan setiap hujung minggu.

EX IKM baru saja selesai menyertai acara perlumbaan anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim minggu lalu dan sebelum itu turut serta dalam satu perlumbaan di Pulau Pangkor, Perak.

 ??  ?? KETUA pasukan EX IKM, Azhar Yunus (tengah) bersama ahli pasukannya ketika berkayuh di Bukit Fraser.
KETUA pasukan EX IKM, Azhar Yunus (tengah) bersama ahli pasukannya ketika berkayuh di Bukit Fraser.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia