Harian Metro

Elbee Cycling giat jalani latihan intensif

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Shah Alam: Pasukan Elbee Cycling bersedia menyengat dalam Kejohanan Harian Metro (HM) Mountain Bike Grand Prix 2017 (HMMTBGP) pada 2 Disember ini.

Ketua pasukan, Mohd Syaril Mat Sali, 37, berkata pasukannya menghantar 15 pelumba bagi kategori junior lelaki, terbuka lelaki, junior master lelaki, senior master lelaki.

“Kita sudah melakukan latihan secara intensif selain banyak menyertai acara yang sama seperti ini dalam membuat persediaan menghadapi perlumbaan akan datang.

“Pasukan kami mahu membuat yang terbaik serta bekerja keras untuk menamatkan laluan sepanjang 38.7 kilometer di Sungai Buaya itu,” katanya kepada Harian metro.

Menurutnya, dia dan pasukannya mengakui trek di Sungai Buaya antara laluan yang agak sukar dan mencabar sepanjang pembabitan mereka dalam aktiviti berbasikal.

“Namun, pasukan kami menggemari trek berkenaan. Walaupun agak mencabar namun kami yakin mengharung­inya,” kata pasukan dari Sungai Buloh yang ditubuhkan sejak 2014 itu.

Mohd Syaril berkata, terdapat tiga pelumba berpotensi naik ke podium pada hari pertanding­an.

“Dengan kehadiran mereka, kita berharap pasukan Elbee Cyling akan ditempatka­n antara pelumba terbaik dalam kejohanan itu.

“Tapi fokus kami memberi yang terbaik dengan seluruh tenaga kami ada dalam menamatkan kayuhan sehingga garisan penamat terlebih dulu,” katanya.

Dalam pada itu, dia dan pasukannya sentiasa memastikan segala kelengkapa­n yang akan digunakan untuk perlumbaan berada dalam keadaan baik.

 ??  ?? PASUKAN Elbee Cycling bersedia menyengat seperti lebah di Sungai Buaya.
PASUKAN Elbee Cycling bersedia menyengat seperti lebah di Sungai Buaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia