Harian Metro

Ronaldo pamer bisa

- AFP

 Akhiri kemarau sebulan tanpa gol, bantu Real benam Malaga

Cristiano Ronaldo meledak gol pertama dalam saingan La Liga selepas sebulan untuk memastikan Real Madrid merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Barcelona kepada tujuh mata selepas menewaskan Malaga 3-2, semalam.

Ronaldo jelas dilihat lega menjadi penyumbang gol selepas menyaksika­n sepakan penalti yang diambilnya dinafikan penjaga gol lawan, Roberto, 15 minit sebelum tamat.

Atletico Madrid kekal berkongsi mata dengan Real di kedudukan ketiga selepas membelasah Levante 5-0 berikutan dua gol masing-masing disumbang oleh Antoine Griezmann and Kevin Gameiro.

“Kami gembira dengan keputusan ini kerana pasukan menunjukka­n karakter sebenar ketika hujung permainan untuk mencari gol ketiga.

“Banyak perkara positif dalam perlawanan ini, tapi ada juga yang tidak sepatutnya berlaku,” kata pengurus Real, Zinadine Zidane.

Real dilihat bangkit daripada beberapa keputusan hambar sebelum ini dan mereka memperoleh gol pertama menerusi Karim Benzema yang menyempurn­akan bola muntah tandukan Ronaldo selepas sembilan minit.

Bagaimanap­un, kecuaian Toni Kroos melorongka­n bola di tepi kawasan kotak penalti menyaksika­n Malaga berjaya menyamakan kedudukan menerusi Diego Rolan yang menyambar hantaran lintang Keko pada minit ke-18.

“Kami sebenarnya mampu beraksi dengan lebih baik tapi kami juga terlalu banyak memberikan penguasaan bola kepada lawan.

“Apa-apa pun ia tetap keputusan yang positif dan kami meraih tiga mata penuh,” kata Zidane.

Bagaimanap­un gol penyamaan itu hanya bertahan tiga minit selepas Casemiro kembali meletakkan Real di depan minit ke-21.

Malaga menyamakan kedudukan semula sebelum sejam berikutan kesilapan penjaga gol Kiko Casilla yang membenarka­n rembatan jarak jauh Chory Castro melepasi jangkauann­ya.

Namun Real terselamat apabila mereka akhirnya menerima sepakan penalti pertama dalam La Liga musim ini apabila Luka Modric dijatuhkan dan Ronaldo mengatasi Roberto dengan merembat

masuk bola muntah.

 ??  ?? RONALDO (kiri) jaring gol kemenangan Real.
RONALDO (kiri) jaring gol kemenangan Real.
 ??  ?? BENZEMA
BENZEMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia